Buletin

NISSAN THAILAND LANCAR ALMERA E SPORTECH SV

Thailand adalah pasaran penting buat Nissan. Model yang dijual pelbagai, daripada sekecil March, secanggih LEAF dan sehebat GT-R semuanya ditawarkan di sana.

Memenuhi tawaran komprehensif tersebut ialah sedan segmen B iaitu Almera. Walaupun sudah bertahun dalam pasaran, Almera sama seperti negara kita masih ditawarkan di sana.

Masih percaya dengan kemampuan Almera menarik perhatian pelanggan, model itu diperkemaskan untuk tahun 2019 dan sebuah model istimewa dikenali Almera E Sportech Special Version diperkenalkan.

Almera adalah sedan eco pertama di Thailand dan ia begitu popular di sana.

Almera Sportech SV menerima beberapa perubahan luar dan dalam supaya ia kekal menarik di mata. Sekali imbas, Almera Sportech SV kelihatan seperti Almera Autech yang dipasarkan di negara kita.

Berikut ialah ciri-ciri khas pada Nissan Almera Sportech SV:

  • Gril hitam-krom, skirt sisi, spoiler hitam, roda aloi corak baharu
  • Lampu halogen dengan fungsi follow-me-home
  • Tiga warna iaitu Pearl White, Black Star dan Brilliant Silver
  • Bahagian dalam dengan stereng rata bawah balutan kulit, kemasan hitam piano dan perak

Berikut ialah ciri-ciri pada Nissan Almera 2019:

  • Skrin sesentuh 7 inci dengan fungsi Bluetooth, sambungan Apple CarPlay dan paparan undur (Rear View Monitor)
  • Sistem ABS, EBD dan BA
  • Tujuh warna iaitu Pearl White, Deep Iris Grey, Brilliant Silver, Black Star, Radiant Red, Grayish Bronze dan Plum

Berbanding negara kita, Almera di Thailand dilengkapi enjin 1,198 cc berkuasa 79 hp pada 6,000 rpm dan tork 106 Nm pada 4,400 rpm.

Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi XTRONIC CVT dan turut ditawarkan dengan transmisi lima kelajuan manual.

Harga Nissan Almera 2019 di Thailand bermula daripada THB 445,000 (RM 57,275) untuk varian 1.2 S MT.

Sebagai perbandingan, Nissan Almera 1.5 liter pasaran tempatan dijual pada harga permulaan RM 69,888.

Kredit foto: Nissan Thailand

Tags
Google ads
Back to top button