
MALAYSIA PASARAN PALING BERJAYA UNTUK MG CYBERSTER DI ASIA & OCEANIA
MG Motor Malaysia mengumumkan pencapaian bersejarah sebagai pasaran No.1 terlaris bagi MG Cyberster di seluruh Asia dan Oceania menandakan kejayaan luar biasa sejak pelancaran rasminya pada Disember 2024.
Sebagai roadster soft-top elektrik pertama di dunia dengan pintu scissor, MG Cyberster nyata menawan hati media dan pelanggan tempatan. Menggabungkan reka bentuk roadster klasik dengan prestasi elektrik yang bertenaga, ia menawarkan rakyat Malaysia pengalaman pemanduan yang penuh gaya.
Dari sesi pandu uji awal hingga sambutan hangat di pameran awam, MG Cyberster membuktikan bahawa ia lebih daripada sekadar sebuah kereta. Ia mewakili permulaan baharu dalam dunia mobiliti elektrik meraikan kebebasan, ekspresi diri dan inovasi.

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja sejak diperkenalkan, MG Motor Malaysia telah mencatat lebih 90 tempahan, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai pasaran paling berjaya untuk Cyberster di rantau ini.
Kejayaan ini turut diperkukuh oleh pengiktirafan antarabangsa. MG Cyberster telah meraih anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia, termasuk Good Design Award, Red Dot Design Award, dan iF Design Award mengukuhkan statusnya sebagai simbol gaya dan inovasi dalam era kenderaan elektrik.
Pencapaian ini menjadi detik penting dalam perjalanan MG di Malaysia. Ia bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenama yang semakin kukuh dan pertumbuhan pelanggan, malah hubungan emosi yang telah terjalin antara rakyat Malaysia dan Cyberster.

Dengan pengecualian duti eksais dan import oleh kerajaan yang masih berkuat kuasa, sekarang ialah masa terbaik untuk memiliki MG Cyberster. Roadster itu ditawarkan pada harga bermula RM299,900 untuk varian pacuan roda belakang dan RM319,900 untuk varian pacuan semua roda,
Bagi meraikan pencapaian ini, MG Motor Malaysia akan menganjurkan acara pandu uji eksklusif di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.
Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima pakej istimewa termasuk pengecasan tanpa had selama setahun secara percuma melalui JomCharge (termasuk fungsi AutoCharge), pengecas AC Wallbox 7kW 1 , model diecast edisi terhad MG Cyberster 2 , serta hadiah-hadiah eksklusif lain.










