
LEAPMOTOR CATAT JUALAN TERTINGGI, TERAJUI PASARAN NEV DI CHINA
Leapmotor, nama yang semakin menyerlah dalam industri kenderaan tenaga baharu (NEV) di China, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen ini dengan pencapaian jualan tertinggi dalam sejarah syarikat.
Pada Julai 2025, Leapmotor berjaya menghantar sebanyak 50,129 unit kenderaan, merangkumi jualan dalam negara dan eksport, sekali gus mencatatkan peningkatan 126 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ini merupakan kali pertama Leapmotor menembusi paras 50,000 unit dalam sebulan, menandakan lonjakan besar dalam prestasi dan daya tarikan jenama terhadap pengguna.
Pencapaian ini meletakkan Leapmotor di tangga teratas bagi syarikat permulaan NEV di China untuk bulan Julai 2025, mengatasi pesaing utama lain dan memperkukuh reputasinya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan elektrik mampu milik.
Dengan momentum ini, Leapmotor semakin hampir untuk menjadi jenama global yang mampu menawarkan inovasi tinggi pada harga berpatutan, sejajar dengan permintaan pasaran yang semakin cenderung ke arah mobiliti lestari.
- BACA: NUNA DAN BMW JALIN KERJASAMA EKSKLUSIF: PERKENALKAN SIRI STROLLER DAN AKSESORI, HARGA BERMULA RM2,699
- BACA: TOYOTA CATAT JUALAN 8,877 UNIT JULAI 2025. TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM8K SEMPENA MERDEKA!
- BACA: INI HELMET OPEN-FACE TERBAIK PERNAH GIVI HASILKAN DI MALAYSIA
- BACA: TERKINI: QJMOTOR ATX250X GANTI ATR175 – ENJIN 250CC, HARGA BAWAH RM15K








