Buletin

PADA 2013 TOYOTA AGYA DIPERKENAL, ‘ABANG’ AXIA

Kereta kecil sememangnya membawa tuah kepada Toyota, Daihatsu dan Perodua. Menariknya, ketiga-tiga pengeluar itu mampu memasarkan model masing-masing berdasarkan satu model asas yang sama.

Sebagai contoh pada 9 September 2013, PT.  Toyota Astra Motor (TAM) melancarkan Agya di Indonesia.

Model itu dirancang dan dibangunkan oleh Daihatsu Motor Co., Ltd. (Daihatsu) dan dikeluarkan PT Astra Daihatsu Motor (ADM) di Indonesia.

Toyota Agya Grade G

Pada hari sama, PT Astra International Tbk iaitu syarikat jualan kenderaan Daihatsu di Indonesia melancarkan Ayla, model yang sama dengan identiti Daihatsu.

Perodua pula melancarkan Axia pada 15 September 2014.

Projek Agya dan Ayla sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu. Kedua-dua model itu adalah susulan kepada Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia yang dibangunkan bersama di antara TMC dan Daihatsu untuk pasaran Indonesia.

Avanza dan Xenia adalah model tepat untuk pasaran Indonesia yang menikmati jualan tinggi sehingga ke hari ini.

Toyota Agya TRD Grade G

Dengan pelancaran Agya dan Ayla, TMC dan Daihatsu mensasarkan untuk membangunkan segmen pasaran baharu yang terdiri daripada pemilik kenderaan keluarga pertama.

Agya dan Ayla juga adalah kenderaan pertama yang menerima pensijilan di bawah program Kereta Hijau Kos Rendah (LGCC).

Program itu menggalakkan penggunaan kereta pada harga mampu milik serta cekap bahan api dan model yang layak menikmati cukai lebih rendah.

Agya menggunakan enjin 1KR 998 cc dan dipadan dengan dua pilihan transmisi iaitu 4 kelajuan automatik dan lima kelajuan manual.

Ukurannya kompak (varian E) dengan panjang 3.6 meter, lebar 1.6 meter dan tinggi 1.52 meter. Berat model transmisi manual pula hanya 740 kilogram.

Sewaktu pelancaran, Agya dijual dari IDR 99 juta (RM29,008) sehingga IDR 120 juta (RM35,163) bergantung kepada varian. Sasaran jualan untuk model itu ialah 5,000 unit sebulan.

AXIA TERIMA 20,000 TEMPAHAN
Perodua Axia 2014

Kini berada di tahun ketujuh di pasaran, Agya masih dijual di Indonesia dengan model dipertingkatkan (facelift) dilancar pada 2017.

Nama Agya seperti Axia sedap dan catchy untuk disebut dan apakah maknanya?

Di dalam bahasa Sanskrit Indonesia, ia bermaksud cepat, laju atau pantas.

Kredit foto: Toyota

Tags
Google ads
Back to top button