Artikel Pilihan

FAST & FURIOUS 9 – INI APA YANG BOLEH DIKETAHUI

Satu perkara yang boleh dipersetujui bersama, boleh dikatakan kesemua lelaki sejati meminati Siri Fast & Furious. Yang acah – acah lelaki pun dengar cerita minat juga. Tapi lebih kepada minat pelakon ajalah.

Malah, barisan penulis Mekanika juga pernah beberapa kali menulis perihal cerita yang sepatutnya berkisar mengenai kereta dan dunia modifikasi. Tapi kali ini ceritanya kini sudah jauh melangkaui akal fikiran. Iyalah, penceritaan kenalah berevolusi walaupun tampak sedikit merepek.

Seperti yang diketuai umum, siri kesembilan ini bakal menemui penonton sekitar bulan Mei nanti. Malah trailer rasmi juga sudah mula ditayangkan kepada umum. Tapi untuk Fast & Furious 9 (F9) ini akan berkisah tentang apa? Jom baca apa yang Brader Karrager boleh kongsikan.

  1. Jika di dalam siri terdahulu menyaksikan Mia Toretto direhatkan, kini beliau kembali beraksi bersama abangnya Dom dan juga seorang lagi Abang Ngah, Jacob.
  2. Walaupun watak Mia dikembalikan, tapi tiada makluman rasmi mengenai watak Brian O’Conner. Berkemungkinan akan ada cameo melalui teknik watak CGI yang dilakukan oleh adik Mendiang Paul Walker, Cody & Caleb.
  3. John Cena juga akan berlakon dalam F9 kali ini. Tapi bukannya sebagai hero idaman sang wanita. John Cena memegang watak jahat sebagai Jacob, Abang Ngah dalam keluarga Toretto. Entah ada tagline You Can’t See Me ke tidak entah nanti.
  4. Lain – lain geng seperti Letty, Tej, Ramsey, dan juga Roman Pearce turut dikekalkan. Bagi BK, watak Roman Pearce ini sebenarnya merupakan penyeri dalam filem ini. Pasti hambar kalau watak ini tiada.
  5. Watak jahat utama masih lagi akan digalas si Cipher, yang mana dalam siri terdahulu sempat melarikan diri melalui Payung Terjun.
  6. Watak Hobbs dan Deckard Shaw pula tidak terlibat kali ini setelah pembabitan mereka dalam filem Spin-off Hobbs & Shaw tahun sudah.
  7. Walaupun tiada kelibat watak Deckard Shaw dan Owen Shaw, tapi emak mereka Magdalene Shaw akan tetap membuat kemunculan istimewa.
  8. Ingat lagi tak watak Sean Boswell dalam filem Tokyo Drift? Beliau juga akan membuat kemunculan semula kali ini.
  9. Pelakon dari Guardiy of Galaxy, Michael Rooker yang memegang watak Yondu turut sama membintangi sebagai Buddy dalam F9.
  10. Dan sudah tentu paling mengejutkan adalah kembalinya watak yang suka mengunyah kacang, si Han. Padahal si Dom sama kawan – kawan dah buat kenduri tahlil bagai. Macam mana hidup semula pun tidak diketahui. Seram ni!
  11. Barisan kenderaan yang membintangi F9 kali ini juga tidak kurang hebatnya meliputi Dodge Charger Wide Body, Toyota Supra, Jeep Rubicon, Honda NSX, Chevrolet Chevelle SS dan juga Ford Mustang GT350 dan Nissan Almera (acah aja).
  12. Justin Lin yang merupakan pengarah untuk filem siri yang pertama, kelima dan keenam sekali lagi diberikan tugasan untuk berada di kerusi pengarah untuk Fast 9 dan juga untuk siri terakhir. Mengenali aspek pengarahan beliau, adrenalin kereta bergerak laju atas jalanraya pasti boleh diharapkan filem F9 ini.

BACA : TOYOTA SUPRA 2020 BINTANGI FAST FURIOUS 9

BACA : FAST & FURIOUS DENGAN JALAN CERITA YANG MAKIN TAK REALISTIK

Tags
Google ads
Back to top button