Buletin

PANDAMART MUDAHKAN ORANG RAMAI BELI BARANG KEPERLUAN

Foodpanda Malaysia secara rasminya melancarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit terbarunya, Pandamart.

Perkhidmatan terbaharu itu menawarkan penghantaran atas permintaan untuk barangan runcit, barang keperluan isi rumah, produk kecantikan dan ubat-ubatan yang dihantar terus dari kemudahan simpanannya.

Pengarah Dark Store Foodpanda Malaysia, Ashutosh Gandhi berkata Pandamart pertama telahpun beroperasi secara online sejak Julai tahun ini.

Beliau berkata Pandamart menawarkan lebih daripada 3,500 jenis produk untuk memenuhi keperluan harian meliputi 100 jenama antarabangsa dan tempatan.

“Sama ada anda memerlukan roti dan telur segar untuk sarapan pagi, ayam atau sayuran segar untuk makan tengah hari, mi atau sos untuk makan malam atau lampin atau susu formula untuk bayi anda, semua ada di Pandamart.

“Pandamart membolehkan kami memberikan kemudahan selesa kepada pelanggan yang keperluan mereka kerap berubah,” katanya semasa pelancaran secara online.

Pada masa ini, kedai serbaneka dalam talian itu membuat penghantaran dalam lingkungan 25 lokasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan, semua produk diperoleh secara terus daripada jenama yang tersedia dan harganya sangat kompetitif serta kualiti produk terjamin,

Ashutosh.menambah, kemungkinan Pandamarts diperluaskan di Seremban, Ipoh, Johor, Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Pandamart menawarkan penghantaran percuma untuk empat bulan pertama pembukaan setiap Pandamart baharu, dan untuk tempoh berikut, caj penghantaran adalah antara RM1 hingga RM2.

Katanya, Pandamart menggunakan perdagangan pantas – e-dagang generasi seterusnya, yang menyediakan penghantaran cepat, sepantas 20 minit selepas pesanan dibuat di aplikasi. – Bernama

Google ads
Back to top button