Buletin

RIDER YG TAK PUASHATI, BOLEH CARI KERJA LAIN – BOS FOODPANDA

Syarikat pengendali penghantaran makanan dalam talian, FoddPanda menggalakkan rider yang tidak berpuas hati supaya mencuba dahulu skim pembayaran baharu sebelum membuat keputusan. 

“Sebenarnya, kebanyakan rider sudah mengguna pakai skim baharu. Bagi mereka yang tidak berpuas hati, mereka bebas untuk kekal di Foodpanda atau boleh meneroka peluang pekerjaan dengan pemain lain di pasaran,” tegas Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das. 

Das juga memberitahu jumlah rider yang mengadakan mogok adalah kurang daripada satu peratus. Jadi, operasi penghantaran makanan berjalan seperti biasa. 

Bermula 30 September lalu, Foodpanda memperkenalkan skim pembayaran baharu untuk rider di luar Lembah Klang. Ia menyaksikan kadar sejam telah dimansuhkan, tetapi bayaran bagi setiap pesanan dinaikkan di antara RM4.50 kepada RM7.00 sejam, berbanding RM3 kepda RM5 sebelum ini. 

Skim itu juga membolehkan rider menerima RM1 lagi untuk setiap pesanan di antara 10 malam da 9.00 pagi setap hari. Selain akan menerima insentif sebanyak RM100 jika dapat menamatkan 60 jam dalam tempoh seminggu. 

Rider di Kuala Lumpur pula masih mendapat gaji asas iaitu RM4 setiap jam dan RM3 hingga RM5 bagi setiap pesanan. Bayaran setiap pesanan juga berbeza mengikut prestasi rider. 

Biarpun berdepan dengan ancaman mogok daripada rider, Foodpanda menegaskan ia akan mengekalkan skim pembayaran baharu itu sekurang-kurangnya selama sebulan, sebelum mengambil langkah yang difikirkan perlu. 

Malah, data awal yang dikumpul selepas skim itu dilaksanakan menunjukkan perkembangan positif apabila sejumlah besar rider memperoleh lebih banyak pendapatan berbanding sebelumnya. 

Google ads
Back to top button