ABANG PANDA TUNJUK ‘SKILL’ DI TREK MOTORCROSS
“Abang panda ada di mana-mana”. Ungkapan ringkas tetapi ia merupakan realiti kehidupan hari ini apabila dunia berdepan pandemik Covid-19.
Boleh dikatakan rider makanan memainkan peranan penting memacu ekonomi negara terutama dalam memudahkan transaksi jual beli para pengusaha makanan dan pelanggan mereka.
Bahkan, sejak kebelakangan ini, media arus perdana mahupun platform laman sosial banyak memaparkan kisah-kisah cabaran dan menarik para rider makanan.
Terbaharu, gelagat rider makanan Foodpanda seolah-olah kelihatan turut sama berlumba di trek motorcross mendapat perhatian warga maya.
Dalam video dikongsi @anthraxxxx melalui platform twitternya, rider berkenaan secara tiba-tiba muncul di bahagian luar trek motorcross malah hampir terjatuh ketika berada di selekoh tajam sebelum berjaya mengendalikan motosikal tersebut.
Video berdurasi 7 saat tersebut mendapat tontonan sebanyak 243,000 tontonan dengan 10400 like serta diciap semula hampir 10,000.
Warga maya tidak ketinggalan memberi komen mencuit hati seperti “Dia don’t mind, me just passing by”
Selain itu seorang lagi pengguna, Iqram berkata “Orang yang order tengah berlumba pun foodpanda boleh saing2 ikut untuk hantar pesanan”. – twitter penanam anggur@anthraxxxx
- BACA: SIAPALAH PEDAJAL BATERIKU.COM, RIDER FOODPANDA? PRANK PESANAN MAKANAN HAMPIR RM500
- BACA: RIDER FOODPANDA KENA GAME, 40 MINIT TUNGGU KAT JIRAT CINA
- BACA: TUNJUK ISYARAT LUCAH DAN TENDANG RIDER FOODPANDA SEHINGGA JATUH, SUSPEK DIDAKWA HARI INI
- BACA: RIDER YG TAK PUASHATI, BOLEH CARI KERJA LAIN – BOS FOODPANDA