
RUGI SEKITAR RM1.78 BILION, FOODPANDA UMUM HENTI OPERASI DI THAILAND
Foodpanda, jenama penghantaran makanan yang dimiliki oleh syarikat Jerman Delivery Hero, mengumumkan bahawa ia akan menamatkan operasinya di Thailand mulai 23 Mei 2025.
Keputusan ini dibuat sebagai sebahagian daripada langkah strategik syarikat untuk memberi tumpuan kepada pasaran di Asia Pasifik yang dilihat lebih berpotensi menguntungkan.
Walaupun perkhidmatan penghantaran akan dihentikan, pasukan serantau Delivery Hero yang berpangkalan di Thailand masih akan kekal beroperasi.
Mereka akan terus menjalankan fungsi-fungsi penting seperti pemasaran dan pengurusan sumber manusia bagi rantau Asia Pasifik.

Foodpanda sebelum ini berdepan tekanan hebat dalam pasaran penghantaran makanan di Thailand yang sangat kompetitif.
Syarikat ini hanya menguasai kurang daripada 15% pasaran – jauh di belakang pesaing utama seperti Lineman Wongnai (44%) dan GrabFood (39.4%).
Dari tahun 2014 hingga 2023, syarikat tersebut telah mencatatkan kerugian terkumpul sebanyak 13.8 bilion baht (anggaran RM1.78 bilion).
Pada tahun lalu, Delivery Hero cuba menjual sebahagian operasi Foodpanda di Asia Tenggara, termasuk di Thailand, namun rundingan tersebut tidak berjaya.
Penarikan diri Foodpanda dari Thailand mencerminkan syarikat-syarikat kini lebih cenderung untuk menumpukan usaha di pasaran yang menjanjikan pertumbuhan kukuh dan pulangan lebih stabil.
- BACA: MAHUKAN KERETA YANG SESUAI DENGAN GAYA HIDUP TAUKE MUSANG KING? HONGQI GUOLI ADA JAWAPANNYA
- BACA: LEAPMOTOR LANCAR SEDAN B01, 650KM SEKALI CAJ
- BACA: LEVC L380: MPV ELEKTRIK DENGAN JARAK GERAK 819KM MUNCUL DI AUTO SHANGHAI 2025
- BACA: GEELY PAMER STARSHINE 8 PHEV DI AUTO SHANGHAI 2025 – SEDAN HIBRID MAMPU MILIK DENGAN GAYA PREMIUM