
Pandu Uji Kenderaan Nissan Di Legoland
Tan Chong rai kerjasama dengan LEGOLAND menerusi siri jelajah di taman tema tersebut.
Sempena musim cuti sekolah, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mempamerkan model-model terlaris Nissan semasa siri jelajahnya di LEGOLAND® Malaysia. Siri jelajah yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 Disember 2012 hingga 16 Disember lalu itu mempamerkan model Almera, Teana, Navara dan Sylphy.
Tan Chong ialah rakan automotif rasmi LEGOLAND® Malaysia dan merupakan penaja Sekolah Memandu dan Sekolah Memandu Junior.
Nissan Almera pastinya mendapat perhatian ramai di siri jelajah ini. Ini kerana sedan segmen B itu benar-benar mendefinisikan semula aspek keluasan menerusi ruang kaki dan kabin yang mendahului kelasnya. Selain ruang but yang besar untuk lebih keselesaan dan pemanduan menyeronokkan yang disempurnakan oleh rekaan luarannya.
Pengunjung taman tema juga boleh melihat model-model premium Nissan. Bersedia untuk belajar, memandu uji dan menikmati Power of the V6 dengan model Nissan Teana 2.5L; penjimatan bahan api transmisi Xtronic Continuously Variable Transmission (X-CVT) pada model Nissan Sylphy 2012 dan sistem pacuan empat roda yang dikawal secara elektronik (Electronically Controlled 4WD System) yang ada pada model ‘ibu segala trak’, Nissan Navara.
“Keluarga yang mengunjungi taman tema ini pasti akan tertarik untuk pergi ke sekolah memandu di mana anak-anak mereka dididik mengenai etika keselamatan jalan raya dalam persekitaran yang menyeronokkan. Di ETCM, kami memberi penekanan terhadap pentingnya keselamatan. Justeru, kami teruja untuk bekerjasama dengan LEGOLAND® Malaysia yang memiliki nilai-nilai ‘keselamatan’ yang sama seperti kami,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.
Siegfried Boerst, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia menyatakan kerjasama ini memberi pengunjung nilai tambah. “Sekolah Memandu ini menyediakan persekitaran yang menyeronokan untuk kanak-kanak sambil memberi tunjuk-ajar tentang keselamatan di jalan raya. ETCM juga mengambil berat tentang nilai-nilai ini. Kami percaya kerjasama ini memberikan pengalaman yang lebih mendalam kepada keluarga di taman tema ini.”
LEGOLAND® Malaysia Driving School terletak di LEGO® City. Ia menawarkan pengalaman pemanduan sebenar dalam cara yang unik dan interaktif. Di sekolah memandu ini, kanak-kanak berusia di antara 6 hingga 13 tahun diberi peluang untuk belajar tentang peraturan jalan raya, selain memandu di atas jalan trafik yang sebenar bagi melayakkan mereka menerima Lesen Memandu LEGOLAND® Malaysia Tan Chong Nissan di penghujung kursus tersebut. Sementara kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 5 tahun pula dapat merasai keseronokan memandu di Sekolah Memandu Junior.
Selain melihat dan memandu uji empat model terbabit, ETCM juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti badut belon dan bengkel bingkai gambar untuk semua pelanggannya. Maklumat lanjut siri jelajah itu adalah seperti berikut:
[avia_table]Tarikh | 14 – 16 Disember 2012 |
Lokasi | Legoland Malaysia Driving School |
Masa | 10am-8pm |
Anda boleh mengunjungi siri jelajah ETCM di seluruh negara untuk merasai keterujaan model-model terlaris Nissan di lokasi-lokasi berikut:
[avia_table]Tarikh | Wilayah | Lokasi |
26 Disember 2012 – 1 Januari 2013 | Tengah | One Utama |
31 Disember 2012 – 6 Januari 2013 | Utara | Tesco Ipoh Garden |
31 Disember 2012 – 6 Januari 2013 | Utara | Tesco Tanjung Pinang |
3-5 Januari 2013 | Timur | KB Mall |
4-6 Januari 2013 | Tengah | Sunway Pyramid |
4-6 Januari 2013 | Sarawak | The Spring Mall |
10-13 Januari 2013 | Utara | Queensbay Mall |
11-13 Januari 2013 | Tengah | Paradigm Mall |
18-20 Januari 2013 | Sarawak | Delta Mall |
28 Januari – 3 Februari 2013 | Utara | Tesco Mergong |
Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan di talian Tol PERCUMA: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my . Pandu uji juga boleh diatur di bilik pameran Nissan berhampiran anda!
[hr]