Buletin

ETCM Belanja Pemilik Nissan Grand Livina

Seramai 400 peserta menyertai Kembara Central Livinian Outing kali ke-6 anjuran ETCM. 

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah ‘membelanja’ 90 orang pemilik Nissan Grand Livina dan keluarga mereka dengan sarapan pagi di bilik pameran 3S Butterworth yang merupakan sebuah pusat sehenti untuk jualan, servis dan alat ganti buat para pelanggannya. 

Seramai 60 pemilik Nissan Grand  LIvina dari wilayah tengah dan 30 lagi dari kawasan utara telah bergabung untuk acara  Kembara Central Livinian Outing kali ke-6. Acara itu berlangsung pada 8 hingga 10 Disember lalu. Dianggarkan seramai 400 orang peserta dewasa dan kanak-kanak telah bergerak dari Sungai Buloh menuju ke Pulau Pinang, sebelum berhenti di bilik pameran itu untuk menikmati sarapan.

Nissan Grand Livina merupakan kenderaan ideal untuk perjalanan jauh. Ruangnya yang luas menawarkan keselesaan serta kapasiti untuk membawa para penumpang dan barangan besar menerusi tempat duduknya yang fleksibel.

“Cuti sekolah memberikan kami peluang untuk berhubung dengan para pelanggan dan keluarga mereka dalam persekitaran yang sihat. Aktiviti sebegini juga membolehkan kami untuk memahami keperluan dan kehendak para pelanggan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Perhubungan pelanggan menjadi satu keutamaan kepada ETCM. Ia menjadi refleks kepada pencapaian Nissan yang dipilih sebagai No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia 2012 oleh J.D. Power Asia Pacific pada tahun ini.

ETCM komited untuk terus mengutamakan para pelanggannya. Syarikat meletakkan sasaran menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang untuk tahun-tahun akan datang.

ETCM juga akan terus menganjurkan lebih banyak acara di seluruh negara untuk para pelanggannya. Maklumat lanjut atau ingin menyertai mana-mana acara ETCM, sila hubungi: 03-4047 8788 atau layari laman web: www.nissan.com.my

[hr]
Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button