Buletin

NISSAN Z HERITAGE EDITION DENGAN GAYA RETRO 300ZX

Nissan memperkenalkan Nissan Z Heritage Edition 2026 baharu, sebuah model istimewa yang memberi penghormatan kepada Nissan 300ZX (Z32) yang ikonik dari era 1990-an.

Edisi baharu ini didedahkan di Konvensyen Kereta Z Antarabangsa tahunan ke-38 (ZCON), acara yang menghimpunkan peminat Nissan Z dari seluruh dunia.

Heritage Edition: Nostalgia Z32 untuk Abad ke-21

Nissan 300ZX, yang diperkenalkan pada tahun 1989, dikenali dengan reka bentuk yang rendah dan lebar.

Untuk menghidupkan semula semangat tersebut, Z Heritage Edition 2026 menampilkan roda RAYS® 19-inci berwarna gangsa dan spoiler belakang gentian karbon dengan lencana Twin Turbo gaya retro.

Grafik Twin Turbo berwarna gangsa turut menghiasi bahagian sisi badan, melengkapkan lagi penampilan klasik.

Di dalam kabin, model ini hadir dengan plat ambang pintu dan alas lantai eksklusif. Warna Midnight Purple yang terkenal dari Nissan GT-R turut ditawarkan secara eksklusif untuk model ini.

Pakej Edisi Heritage ditawarkan secara eksklusif pada varian Nissan Z Performance 2026 dengan harga tambahan $2,940 (RM12,389), menjadikan jumlah model ini berharga $55,910 (RM235,537).

Ciri-ciri Reka Bentuk Moden dan Klasik

Reka bentuk Nissan Z 2026 menggabungkan elemen-elemen klasik daripada sejarahnya.

Bonet yang berlekuk tajam mengingatkan kepada Nissan Z yang pertama, manakala lampu utama LED berbentuk bulan sabit memberi penghormatan kepada lampu utama berlapis kaca pada 240ZG.

Bahagian belakang Z 2026 pula jelas dipengaruhi oleh Z32, dengan bentuk lampu belakang bujur memanjang dan bahagian tengah yang dihitamkan. Rekaan bujur ini juga dapat dilihat pada jeriji hadapan.

Pada bahagian dalam, papan pemuka menampilkan tiga tolok di bahagian atas yang menunjukkan tekanan boost, kelajuan turbin dan voltan bateri, rekaan yang lazim pada model Z terdahulu.

Pilihan Varian dan Harga

Nissan Z 2026 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Sport, Performance, dan NISMO. Ia akan mula berada di pengedar pada lewat bulan ini dengan harga bermula $42,970 (RM181,080).

Varian Sport dilengkapi enjin V6 3.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 400 kuasa kuda (hp) dan 475 Nm tork. 

Pelanggan ditawarkan transmisi manual enam kelajuan atau automatik sembilan kelajuan.

Ciri standard lain seperti paparan meter digital, skrin sentuh 8-inci dengan Apple CarPlay® dan Android Auto™ serta roda 18-inci.

Varian Performance ditambah pembeza gelinciran terhad (LSD) mekanikal, roda aloi tempa RAYS 19-inci, brek prestasi, sistem audio Bose® dan kerusi kulit dengan pemanas.

Varian NISMO menawarkan peningkatan prestasi dengan output enjin 420 hp dan 520 Nm torktransmisi lebih pantas, suspensi dan brek talaan NISMO, serta reka bentuk aerodinamik yang dipertingkatkan.

Selain Edisi Heritage, varian Z Sport dan Performance kini turut tersedia dengan warna baharu Boulder Gray dengan bumbung hitam.

Harga Runcit Cadangan Pengeluar (MSRP) untuk Nissan Z 2026:

  • Nissan Z Sport (Transmisi 9AT): $42,970 (RM181,080)
  • Nissan Z Sport (Transmisi 6MT): $42,970 (RM181,080)
  • Nissan Z Performance (Transmisi 9AT): $52,970 (RM223,197)
  • Nissan Z Performance (Transmisi 6MT): $52,970 (RM223,197)
  • Nissan Z NISMO (Transmisi 9AT): $65,750 (RM276,966)
Google ads
Back to top button