Buletin

Peraduan Seni Toyota

Pengembangan operasi Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) ke seluruh negara diteruskan dengan pelancaran Peugeot Blue Box Kota Damansara

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) akan menganjurkan Pertandingan Seni Kereta Idaman Toyota (Toyota Dream Car Art Contest) ke Malaysia. Toyota Dream Car Art Contest merupakan pertandingan seni antarabangsa Toyota yang dimulakan sejak tahun 2004. 

Pertandingan itu terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berusia sehingga 15 tahun. Mereka boleh menghantar lukisan masing-masing dari sekarang hingga 15 Februari 2013. Merupakan tahun ketujuh penganjurannya, pertandingan itu memberi peluang kepada kanak-kanak di seluruh dunia untuk mnyerlahkan bakat artistik mereka. Dianggarkan sebanyak 70 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan  ini.

“Menerusi pertandingan  Toyota Dream Car Art Contest, UMW Toyota berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat dan pelanggannya. Selain menjadikan kanak-kanak lebih memahami dan diberi peluang untuk mereka kereta idaman masing-masing,” kata Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki.

Para peserta akan bersaing di peringkat nasional terlebih dahulu. Kemudian, tiga orang pemenang daripada setiap kategori umur akan mara ke peringkat antarabangsa. Bagi kedua-dua peringkat tersebut, para pemenang akan dipilih daripada tiga kategori umur iaitu bawah sepuluh tahun, 10 – 12 tahun dan 13 – 15 tahun.

Pihak pengurusan tertinggi Toyota Motor Corporation akan membantu menilai karya seni yang layak ke peringkat antarabangsa. Pemenang akan menerima perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah.

“Pertandingan ini juga akan membantu kanak-kanak menyerlah bakat kreatif mereka, selain memberikan idea-idea baharu dalam melakar kenderaan yang praktikal buat masa sekarang dan masa depan. Ini adalah peluang terbaik bagi kanak-kanak di Malaysia untuk bersaing dengan orang lain di peringkat global,” tambah Ismet.

Sekiranya berminat, layari laman web: www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button