Buletin

KUMPUL KOLEKSI KERETA FERRARI DAN TRAK DENGAN SHELL – HANYA RM15.90 SEBUAH

Shell Malaysia kini kembali dengan kempen kereta mainan Ferrari apabila memperkenalkan lapan model Ferrari yang boleh didapati secara eksklusif di semua stesen minyak Shell di seluruh negara. 

Koleksi yang terdiri daripada lapan model berbeza dan terkenal dengan personaliti tersendiri itu mewakili setiap dekad dalam sejarah Ferrari.

Boleh didapati mulai 1 Julai hingga 8 September 2019, pelanggan boleh membeli kereta mainan itu pada harga RM15.90 dengan pembelian minyak minimum RM30 dalam satu resit. 

Kempen itu dimulakan dengan model Ferrari 488 Spider dan Ferrari Daytona (Ferrari 365 GTB/4) yang boleh dibeli mulai 1 Julai 2019.

Dengan dua model ditawarkan setiap minggu, ada boleh mula mengumpul model 1957 Ferrari Testa Rossa, Ferrari 430 Scuderia, Ferrari 250 GTO, Ferrari 288 GTO, Ferrari F50 dan jentera F1 Ferrari SF71H ke dalam koleksi peribadi. 

Koleksi eksklusif Ferrari ini bukan sahaja menandakan kempen ini kembali menemui pengguna tempatan. Tetapi ia turut meraikan kerjasama di antara Shell dan Scuderia Ferrari sejak sekian lama. 

“Kami berbangga untuk memberitahu bahawa bahan api Shell V-Power yang digunakan oleh pasukan Scuderia ferrari mengandungi 99 peratus kompaun sama seperti V-Power yang ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia.  

“Dengan teknologi DYNAFLEX, bahan api Shell yang berkualiti tinggi ini mampu memulihara prestasi enjin untuk pemanduan lebih berkuasa dan efisien,” kata Pengarag Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain. 

Bagi melengkapkan lagi koleksi tersebut, Shell Malaysia turut menawarkan trak yang berwarna merah, Trak itu direka untuk membolehkan semua kereta Ferrari tersebut dipamerkan.

Pelanggan akan menerima trak tersebut secara percuma apabila membeli minyak enjin Shell Helix Ultra 4L atau membelinya pada harga RM99.90.

Bagi meraikan pelancarkan koleksi itu, siri jelajah akan diadakan di beberapa pusat membeli-belah utama di seluruh negara selama 10 minggu.

Google ads
Back to top button