PEMILIK F-150 LIGHTNING DEDAH SEBAB JUAL TRAK ELEKTRIK SELEPAS ENAM BULAN
Hanya selepas enam bulan dan memandunya sejauh 11,265 km, seorang pemilik membuat keputusan untuk menjual trak elektrik Ford F-150 Lightning miliknya.
Jed menerusi saluran YouTube Jetters Garage mendedahkan sebab-sebab utama yang membuatkannya mahu menjual trak pikap elektrik tersebut.
Salah satu sebab utama adalah kebimbangan susut nilai. Enam bulan lepas, beliau membeli trak tersebut pada harga $88,000 (RM402,820) sebelum diberikan sebut harga oleh CarMax bernilai hanya $68,000 (RM311,270).
Pengedar Ford yang menjual trak tersebut kepadanya memberikan harga yang sedikit tinggi, $74,000 (RM338,735).
Tidak puas hati, beliau kemudian meletakkan iklan jualan di dalam talian, dan berjaya menjual trak tersebut dua minggu kemudian dengan harga $80,000 (RM366,2000).
Sebab kedua ialah cabaran untuk mengecas sewaktu membuat perjalanan jauh, di mana ada kalanya beliau berdepan kesukaran untuk mencari fasiliti pengecasan pantas yang berfungsi di luar bandar.
Beliau turut menyebut sistem antara muka infohibur SYNC4 yang langsung tidak mesra pengguna seperti kualiti panggilan yang teruk.