
FORD F-150 HERITAGE EDITION SEMPENA ULANG TAHUN F-SERIES KE-75
Semenjak diperkenalkan pada tahun 1948, trak pikap Ford F-Series menjadi model yang paling laris terjual di Amerika Syarikat.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-75, Ford menawarkan F-150 Heritage Edition dengan menggunakan asas daripada F-150 XLT dengan sentuhan elemen retro.

Secara spesifiknya, trak pikap tersebut boleh dilayangkan dengan lima kombinasi warna berikut:
-Carbonized Gray/Race Red/Carbonized Gray
-Agate Black/Atlas Blue/Agate Black
-Carbonized Gray/Antimatter Blue/Carbonized Gray
-Agate Black/Avanlance/Agate Black
-Agate Black/Area 51/Agate Black
Sementara ruang kabin pula boleh dikemaskan dengan warna slate gray dan hitam, manakala tempat rehat tangan tengah pula didatangkan dengan sulaman logo F-Series.

Ford juga turut mendatangkan telur Easter menerusi logo “75 Years” pada bahagian atas cermin depan, serta grafik permulaan pada sistem infotainmen.
Tiada sebarang harga diumumkan, namun sebagai rujukan Ford F-150 XLT dijual pada harga bermula dari $38,515 (RM169,350).