Buletin

PRODUKSI F-150 LIGHTNING TERHENTI AKIBAT MASALAH PEK BATERI

Operasi barisan pemasangan trak pikap elektrik Ford F-150 Lightning terhenti buat sementara waktu disebabkan Ford mahu menyiasat masalah yang berpunca daripada pek bateri.

Menurut jurucakap Ford kepada Motor1, isu bateri itu muncul sewaktu fasa pemeriksaan kualiti pra-penghantaran di kilang tanpa menyebut punca sebenar dan jangkaan bilakah ia akan disambung semula.

Namun, langkah terbaharu itu tidak memberikan kesan kepada trak pikap yang sudah pun berada di inventori pengedar.

Berita ini muncul tidak sampai 24 jam selepas Ford mengumumkan pelaburan besar-besaran bernilai $3.5 bilion bagi membangunkan kilang pengeluaran bateri baharu di Marshall, Michigan.

Fasiliti yang terletak kira-kira 160 km dari barat Detroit ini bakal memulakan produksi bateri nickel cobalt manganese (NCM) dan bateri lithium iron phosphate (LFP) pada tahun 2026. – Motor1

Google ads
"
"
Back to top button