Buletin

JAGUAR LAND ROVER DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI JLR

Jenama Jaguar Land Rover kini tidak lagi digunakan, sebaliknya pengeluar jenama automotif mewah dari UK itu kini mahu dikenali dengan nama baharu JLR.

Penjenamaan semula identiti korporat itu juga menyaksikan model-model ikonik Land Rover kini diubah menjadi jenama tersendiri di bawah payung JLR, sama tahap macam Jaguar.

Serentak dengan itu, JLR turut memperlihatkan logo baharu yang lebih minimalis, di mana ia menjemakan keanggunan, kemodenan dan intipati pemikiran ke hadapan syarikat tersebut.

Namun, identiti JLR itu tidak akan muncul pada mana-mana kereta, sama macam identiti Stellantis yang menaungi 14 buah jenam automotif termasuklah Vauxhall, Peugeot atau Citroen.

JLR turut menegaskan bahawa identiti Land Rover itu sendiri akan kekal menjadi kunci utama di dalam DNA syarikat, dan tidak akan hilang daripada mana-mana portfolio, bertentangan dengan laporan terdahulu.

Ini bermakna, Land Rover akan kekal menjadi “tanda kepercayaan” bagi jenama Defender, Range Rover dan Discovery, menurut ketua pegawai kreatif Gerry McGovern.

“Realitinya, Range Rover ialah sebuah jenama, begitu juga Defender. Pelanggan berkata mereka memiliki sebuah Range Rover. Dalam dunia mewah, anda memerlukan kejelasan mutlak, dan nama Land Rover Range Rover SV Autobiography tidak memenuhi ciri tersebut.” – Autocar

Google ads
Back to top button