Buletin

KERETA API BAWA MUATAN FORD F-150 TERGELINCIR.BERAPA UNIT YANG MUSNAH TU?

Sebuah kereta api yang membawa muatan stok bekalan Ford F-150 untuk dihantar kepada para pengedar dan pelanggan terlibat dalam kemalangan di Missouri, Amerika Syarikat (AS).

Kereta api yang memiliki 33 gerabak itu tergelincir sehingga dikatakan mengakibatkan ratusan unit trak musnah dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar kenderaan yang berada dalam kereta api berkenaan.

Menurut laporan Carbuzz, kenderaan-kenderaan di dalam kereta api kemungkinan besar dalam perjalanan dari kilang pemasangan Kansas City yang merupakan salah satu daripada kilang Ford membangunkan F-150.

Difahamkan, selain F-150, van transit turut dibangunkan kilang yang sama.

Seorang pekerja landasan kereta api memberitahu The Lake Gazzette kereta api terbabit membawa muatan gandum dan kenderaan baharu.

“Ia akan mengambil masa selama dua hari untuk membersihkan kemalangan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Missouri Highway Patrol mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan siasatan masih giat dilakukan berhubung bagaimana ia tergelincir.

Ford masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang menimpa kereta api berkenaan. – carbuzz

Google ads
Back to top button