Buletin

FORD BAKAL BIKIN SATU LAGI TRAK PIKAP ELEKTRIK SELAIN F-150 LIGHTNING

Ford telah pun memulakan operasi pemasangan bagi trak pikap elektrik F-150, dan pengeluar tersebut memberikan bayangan mereka bakal hadir dengan sebuah lagi trak pikap elektrik serba baharu pada masa akan datang yang mampu mencabar Tesla dan Cybertruck-nya.

Menurut CEO-nya, Jim Farley berkata, “kami telah pun memulakan usaha untuk membina sebuah lagi trak pikap elektrik di Blue Oval City yang berbeza berbanding model ini (F-150 Lightning).

Blue Oval City merupakan fasiliti bernilai $5.6 bilion yang terletak di Stanton, Tennessee di mana ia akan menjadi lokasi pemasangan bagi trak pikap F-150, pek bateri, serta trak elektrik baharu apabila dibuka secara rasmi pada tahun 2024.

Sebelum ini, Ford memberikan bayangan mereka akan membawakan versi elektrik pada salah satu model trak pikap saiz kompak dan pertengahan (Maverick dan Ranger).

Namun tegas Jim Farley, “ia merupakan sebuah trak lain. Kami telah pun menyebut sebelum ini kami mahu menjadi pendahulu di dalam segmen trak pikap elektrik.

Ford merancang untuk menjual kira-kira 600,000 unit kenderaan elektrik di peringkat global menjelang dua tahun berikutnya, dan sebahagian besar daripada jumlah tersebut terdiri daripada model trak pikap elektrik.

Google ads
Back to top button