Buletin

PEMILIK TESLA BERHARAP ELON MUSK KURANG KONTROVERSI

Elon Musk dan kontroversi, memang tidak dapat dipisahkan, apatah lagi CEO Tesla itu aktif bersosial di laman Twitter memberikan respon terhadap isu semasa.

Satu kajian terbaharu yang dijalankan mendapati walaupun para pemilik Tesla sangat gembira dengan kenderaan mereka, majoriti mengharapkan CEO-nya Elon Musk mempunyai kurang kontroversi.

Menurut Mike Dovorany yang menjalankan kajian terhadap pemilik dan pembeli EV yang berpotensi memberitahu Al Jazeera, “kami mendengar daripada pemilik Tesla yang akan mengatakan ‘Lihat, saya suka kereta saya, tapi saya berharap tidak akan memberikan respon kepada kawan dan keluarga saya terhadap ciapan terbaharu beliau (Elon Musk)’.”

Sikap Elon Musk secara tidak langsung memberikan kesan kepada jenama Tesla itu sendiri, dan mengakibatkan para pembeli berpotensi beralih kepada jenama EV lain.

Menurut Jerry James Stone, penduduk Sacramento berusia 48 tahun berkata, “Elon telah merosakkan jenama (Tesla), sehingga menyebabkan saya tidak fikir akan mengambilnya sekiranya saya menang satu.

Malah, ada di kalangan peminatnya yang juga berfikir untuk bertukar kepada jenama lain.

Dennis Levitt, seorang lelaki berusia 73 tahun yang telah memiliki sekurang-kurangnya empat unit Tesla sejak 2016 memberitahu Al Jazeera beliau akan membeli EV baharu daripada jenama Audi, Mercedes atau BMW pada masa akan datang.

“Sekiranya anda tidak menghiraukan kelakuan Elon Musk, saya sudah pasti 98% akan membeli sebuah lagi kereta Tesla. Namun sikapnya membuatkan saya kecewa. – Carscoops

Google ads
"
"
Back to top button