Buletin

TOYOTA LANCAR LAND CRUISER PRADO BLACK MATTE EDITION, DARI RM146K DI JEPUN

Betapa hebatnya penangan Land Cruiser 300 Series sehingga menyebabkan pemilik terpaksa menunggu sehingga empat tahun untuk mendapatkan unit mereka.

Namun, bagi mereka yang tidak sabar menunggu, Toyota sebenarnya masih lagi menjual Land Cruiser yang lebih kecil, iaitu Land Cruiser Prado, biarpun ia sudah terlalu berusia sejak diperkenalkan pada tahun 2009.

Harus diingat, Land Cruiser Prado sebenarnya memiliki dimensi yang agak kecil berbanding model Land Cruiser bersaiz penuh yang dibangun menggunakan platform TNGA itu.

Untuk pasaran Jepun, Toyota baharu sahaja melancarkan Land Cruiser Prado Matte Black Edition dengan ciri-ciri naiktaraf bersifat kosmetik, seperti trim hitam kusam pada sesetengah tempat, serta rim aluminium hitam kusam bersaiz 18 inci.

Tiada peningkatan kuasa yang signifikan pada model SUV ini, di mana ia masih lagi ditawarkan dengan pilihan enjin 2TR-FE 2.7 liter (163 PS) atau enjin 1GD-FTV 2.8 liter dengan talaan kuasa 177 PS atau 204 PS.

Harga jualan di Jepun bermula dari ¥4.3 juta (RM146,409) hingga ¥5.1 juta (RM173,648).

Google ads
Back to top button