
LAMBORGHINI SIÁN FKP 37 BUAT GUNA LEGO IKUT SAIZ SEBENAR!
Sebelum ini kita dihidangkan Perodua Myvi dengan balutan Lego pada saiz sebenar. Lego dengan kereta memang tidak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi.
Ini lebih eksotik dan mahal apabila Lamborghini Sián FKP 37dibuat dengan Lego Technic pada saiz sebenar!
Berapakah jumlah kepingan Lego yang diperlukan? Lebih 400,000 dan kereta ini sedang dipamerkan di Muzium Lamborghini sehingga 6 Oktober depan.

Kerjasama di antara kedua-dua jenama ini sebenarnya telah terjalin beberapa tahun dan sudah ada edisi yang dikeluarkan sebelum ini.
Pada tahun 2020, Sián FKP 37 yang lebih kecil atau pada skala 1:8 telah diperkenalkan.
Projek kerjasama kali kedua ini melibatkan pereka bentuk, jurutera dan juruteknik dari kedua-dua syarikat dan dibina mengikut dimensi sebenar Sián FKP 37.

Lebih daripada 154 jenis Lego berbeza yang digunakan supaya dapat menzahirkan semula bentuk, garisan dan perincian Sián.
Satu lagi ciri atau keunikan ialah bentuk Lego yang digunakan adalah jenis heksagon sebagai penghormatan kepada sejarah reka bentuk kereta ini.
Berikut adalah ciri-ciri LEGO® Technic™ Lamborghini Sián FKP 37:
- Lebih daripada 400,000 kepingan LEGO® Technic™ digunakan
- 154 pelbagai jenis kepingan LEGO Technic digunakan termasuk 20 daripada acuan khas untuk model ini
- Berat keseluruhan 2,200 kg!
- Tempoh pembangunan dan pemasangan memakan masa 8,660 jam. 5,370 untuk pembangunan dan pemasangan selama 3,290 jam
- Direka oleh sekumpulan 15 pakar dalam bidang reka bentuk, kejuruteran dan pembinaan dari Lego Kladno, Republik Czech

- Dimensi sama seperti model sebenar, 4,980 mm panjang, lebar 2,101 mm dan tinggi 1,133 mm
- Lampu depan dan belakang berfungsi dan diperbuat daripada LEGO Technic.
- Buat kali pertama model LEGO menggunakan cat paint-effect coating daripada cat Automobili Lamborghini
- Buat kali pertama juga, garisan badan ikonik Sián FKP 37 dinyalakan sebagai tribut kepada garisan dan bentuk futuristik kereta ini.
- Bentuk heksagon pada luaran kereta ini juga yang pertama untuk LEGO dan penghormatan kepada sejarah reka bentuk Sián FKP 37 yang banyak dipengaruhi oleh bentuk tersebut.

BACA: 20 RIBU URUS DALAM 4 TAHUN, PENCAPAIAN BESAR LAMBORGHINI!
BACA: LAMBORGHINI LM002 – SUPER SUV INI IALAH AYAH KEPADA URUS
BACA: PADA 1970 LAMBORGHINI URRACO DIPERKENAL, 2+2 TEMPAT DUDUK














