Buletin

PERODUA TIADA BUAT PROMOSI REBAT TUNAI UNTUK ATIVA. JANGAN TERTIPU!

Perodua menggesa para pelanggan sedia ada dan baharu supaya hanya berurusan dengan penasihat jualan yang sah dahaja agar tidak terpedaya dengan penipuan,  terutama selepas pelancaran Ativa pada 3 Mac lalu.

“Kami telah menemui sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baru dilancarkan.

“Perodua dan cawangan-cawangan kami di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Menurut Zainal, ada individu tidak bertanggungjawab mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu mereka ke dalam akaun bank peribadi.

Untuk melindungi pelanggan, Perodua ada memberikan panduan dalam membuat pembelian kenderaan Perodua baharu seperti berikut:

Google ads
Back to top button