Buletin

PORSCHE 911 RSR RARE PABLO ESCOBAR UNTUK DIJUAL. HARGA RM9 JUTA!!!

Jentera memiliki sejarah tersendiri mampu menarik minat dalam kalangan pembeli mahupun pengumpul automotif.

Sebagai contoh, model BMW 7 Series dimiliki legenda rapper terkenal, Tupac Shakur yang terbunuh pada tahun 1996 dijual pada harga hampir AS$2 juta (RM 8.2 juta).

Terbaharu, jentera yang menarik perhatian para penggemar automotif merupakan Porsche 911 RSR tahun 1974.

Kalau hendak tahu model 911 memang sudah rare dan sukar ditemui tetapi jentera ini mempunyai sejarah tersendiri kerana dimiliki Raja Dadah, Pablo Escobar.

Porsche 911 RSR dibangunkan untuk International Race Of Champions (IROC) 1974 dan terhad kepada 15 unit sahaja.

Ia mendapat khidmat enjin 3.0 liter dipadankan transmisi manual lima kelajuan dengan pacuan roda belakang.

Bahkan, jentera yang hendak dijual tersebut pernah dikemudi pelumba, Emerson Fittipaldi dalam perlumbaan penyingkiran pada tahun 1973.

Dalam era pelumba berasal dari Brazil itu, Fittipaldi merupakan pelumba termuda F1 malah pernah meraih kejuaraan F1 pada usia 25 tahun.

Porsche 911 RSR berkenaan pernah bertukar tangan sebanyak beberapa kali sebelum dibeli Escobar.

Kereta berwarna beige itu dipulihkan dengan dipadankan livery IROC Fittipaldi selepas terbiar selama beberapa lama.

Atlantis Motor Group ingin menjual kenderaan penuh bersejarah tersebut kira-kira AS$2.2 juta (RM9 juta). – carbuzz

Google ads
"
"
Back to top button