Buletin

CORVETTE STINGRAY C8 RANAP JATUH PENGANGKAT HIDRAULIK DALAM BENGKEL

Sebuah jentera Chevrolet Corvette Stingray C8 musnah apabila terjatuh dari pengangkat hidraulik  bengkel kenderaan di Amerika Selatan.

Berikutan generasi Corvette C8 didatangkan dengan enjin di pada bahagian tengah, ia mempunyai berat berbeza dibandingkan C7.

Generasi C7 memiliki pengagihan berat sebanyak 50-50 manakala model C8 pula merangkumi berat keseluruhan 40-60.

Ia sekali gus memerlukan jentera berkenaan diangkut dengan pendekatan berbeza berbanding model sebelum ini.

Dalam perkongsian dua gambar di Forum Corvette menunjukkan, Corvette Stingray berwarna biru itu rosak pada bahagian belakang selepas terjatuh dari pengangkat hidraulik.

Difahamkan, mekanik mungkin tidak menggunakan titik angkat yang betul pada bahagian belakang sehingga berlaku kejadian tersebut.

Hentaman kuat menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian belakang dan kemungkinan besar rangka badan turut jentera sport terbabit mengalami nasib sama.

Jika benar perkara tersebut berlaku,  Corvette Stingray itu boleh dianggap sebagai total loss dan destinasi seterusnya ialah tempat pelupusan besi buruk!!! – carscoops

Google ads
Back to top button