Buletin

PETRONAS DURANCE SERLAHKAN PENAMPILAN PASUKAN FORMULA ONE MERCEDES AMG PETRONAS

PETRONAS Lubricants International (PLI) mengumumkan bahawa ia akan membekalkan produk penjagaan kereta, PETRONAS Durance kepada pasukan Formula One MERCEDES AMG PETRONAS.

Produk itu memastikan penampilan pasukan Silver Arrows sentiasa menyerlah sepanjang perlumbaan. PETRONAS Durance ialah produk penjagaan kereta premium yang merangkumi pembersih kokpit, wax pantas dan pengilat kereta. Ia dibangun dan dikilangkan khas oleh divisyen PLI, Arexons di kilang Cernusco sul Naviglio miliknya di Milan, Itali.

“Formula One bukan sekadar melibatkan aspek prestasi dan kelajuan sahaja. Malah ia amat mementingkan kesempurnaan dan perincian. Falsafah inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk membangunkan rangkaian produk PETRONAS Durance,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Arexons, Domenico Ciaglia.

Sebagai rakan teknikal, Petronas bekerjasama rapat dengan pasukan Silver Arrows dalam membangunkan PETRONAS Fluid Tehnology Solutions (FTS). FTS merupakan satu pendekatan pintar mengenai keperluan bendalir yang mampu memaksimumkan prestasi jentera menerusi tawaran produk istimewa dan perkhidmatan pakar.

Setakat ini, Petronas telah menformulasikan lebih 200 bahan api yang diuji dan dinilai  oleh pasukan MERCEDES AMG PETRONAS. 20 daripada formulasi itu digunakan di litar.

Pada masa yang sama, lebih 50 minyak pelincir enjin, transmisi dan hidraulik turut dibangunkan. Kerjasama itu jelas terbukti apabila pasukan berjaya memenangi Kejohanan Pengeluar selama tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Rangkaian produk PETRONAS Durance boleh didapati dengan mudah di seluruh Eropah. Petronas merancang untuk meningkatkan rangkaian pengedaran untuk memastikan ia lebih mudah diakses oleh orang ramai.

BACA: MINYAK PELINCIR PETRONAS SYNTIUM KHAS UNTUK KERETA PROTON

BACA: MISTERI PETRONAS FP-1, SUPERBIKE PERTAMA MALAYSIA YANG DITELAN SEJARAH

Google ads
Back to top button