Buletin

PEUGEOT 208 SERBA BAHARU – CANTIK SANGAT NI…

Baru-baru ini, Peugeot mendedahkan foto-foto beresolusi tinggi model kompak terbaharunya, Peugeot 208.

Jentera itu dijadual didedahkan kepada umum pada axara Geneva International Motor Show 2019 Mac depan. 

Jika dilihat kepada foto ini, ia jelas menunjukkan rekaan luaran dan dalaman 208 yang sememangnya menarik dan matang. 208 serba baharu dibangunkan di atas Common Modular Platform (CMP) Peugeot yang dikatakan 30kg lebih ringan berbanding model terdahulu. 

Selain lebih ringan, platform itu juga menawarkan aspek NVH yang lebih baik. 

208 bakal digerakkan oleh enjin 1.2 liter turbo berkuasa 75hp yang hanya dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan.

Pelanggan juga boleh memilih enjin diesel empat selinder bersesaran 1.5 liter berkuasa 100hp, juga dengan transmisi manual lima kelajuan. 

Peugoet dilapor akan menawarkan 208 dengan enjin petrol berkuasa 100hp yang dipadankan dengan tranmisi manual enam kelajuan atau automatik laoan kelajuan.

Varian paling tinggi berkuasa 130hp pula akan dipasang dengan kotak gear lapan kelajuan.   

Bukan itu sahaja, 208 dijangka hadir dalam versi elektrik. Dikenali sebagai e-208, model itu menggunakan pel bateri berkapasiti 50kWh dan motor elektrik yang mampu menawarkan kuasa 136hp dan tork 260Nm. 

Rangkaian kuasa tersebut memblehkan e-208 memecut dari 0-100km/j dalam mada 8.1 saat. Pek bateri yang dipasang di bawah lantai membolehkannya bergerak sejauh 340km dengan sekali caj.

e-208 disokong dengan ciri pengecasan pantas yang membolehkan baterinya dicaj sehingga 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. 

Dari segi penampilan, 208 jelas mendapat inspirasi daripada model sedan 508. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi lampu utama dan gril. Bahagian belakang pula diserlahkan menerusi gugusan lampu yang digelapkan. 

Ruan kabin nyata kemas dengan sistem infohibur i-Cockpitm klurter meter digital, kemasan gentian karbon dan stereng bersaiz kecil.   

Sebagai sebuah supermini moden, 208 dilengkapi pelbagai ciri keselamatan.

Antaranya ialah Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Lane Positioning Assist, Full Park Assist, Automatic Emergency Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Driver Attention Monitoring, Speed Limit Recognition, Active Blind Sport Monitoring serta sistem pengecaman trafik. 

Peugeot dijangka membuka tempahan 208 pada suku ketiga tahun ini. 

GALERI

Google ads
Back to top button