Artikel PilihanBuletin

BENTUK PELIK TAPI LARIS. MITSUOKA+MIATA+CORVETTE

Masih ingat dengan Mitsuoka Rock Star? Sudahlah nama pun tak sedap, bentuk pulak pelik tak tahu nak jadi Amerika ke Jepun. Inilah dia keretanya, Mitsuoka yang diambil daripada Mazda Miata kemudian direka mirip Corvette Stingray.

Bertambah pelik lagi, kereta ini laris bak goreng pisang panas. Menurut Mitsuoka mereka hanya membina 200 unit sahaja Rock Star dan ia telah pun habis ditempah.

Ia didatangkan dengan S atau S Special Package yang lebih mewah dengan transmisi enam kelajuan automatik. Enjin 1.5 130hp adalah pilihan tunggal pada model ini.

Walaupun rekabentuknya pelik, tapi sekurang-kurangnya ia nampak elok sikit daripada Orochi yang serupa ikan keli dilanggar forklift.

Walaupun Mitsuoka selalu menggunakan kereta-kereta Nissan, kali ini mereka menggunakan model Mazda menerusi Miata.

Sekali imbas, ia nampak seperti gaya Amerika klasik, Corvette Sting Ray. Dua kali imbas, ya, kereta ni tidaklah teruk sangat dan nampak sporty juga.

Bercakap mengenai Sting Ray, sebenarnya, ikon Amerika itu direka oleh Larry Shinoda, lelaki Amerika berbangsa Jepun dan Peter Brock, pengasas pasukan perlumbaan Datsun BRE.

Tags
Google ads
Back to top button