
PORSCHE TAYCAN BENAM REKOD TESLA MODEL S PLAID DI THE RING
Taycan merupakan pertaruhan terbaru daripada Porsche bagi menghasilkan kereta elektrik berprestasi tinggi, dan bagi membuktikan kemampuannya mereka harus mencatatkan masa terpantas di Litar Nurburgring.
Sebuah Posrche Taycan dilaporkan telah menghabiskan satu pusingan penuh di The Ring dalam masa 7:07.55 menjadikan kereta elektrik ini adalah kereta elektrik terpantas di litar ini buat masa ini. Untuk rekod, Tesla Model S Plaid melakukan pusingan penuh dalam masa 7:25.231
Catatan masa ini telah mengalahkan Tesla Model S Plaid sebanyak 17.681 saat. Malah masa yanga direkodkan oleh Taycan ini membuatkan kereta electric super ini mengekori rapat Rimac Nevera dengan masa 7:05.298
Menurut Posrche, bagi menjadikan Taycan ini selamat untuk diperah di litar beberapa modifikasi ringkas perlu dilakukan termasuklah pemasangan kusyen perlumbaan bucket dan roll cage bagi menjadikannya lebih selamat.
Namun video yang dirakam oleh Porsche ini akan mula ditayangkan pada bulan Mac 2024 nanti. Ini adalah selaras dengan informasi terkini mengatakan Taycan akan menerima facelift bagi keseluruhan varian Taycan yang dijual
Antara varian yang menarik perhatian ialah Taycan Turbo GT, dengan konfigurasi 3 motor elektrik yang berupaya menjana sehingga 1000 kuasa kuda. Satu motor elektrik extra yang dipasang pada gandar belakang akan memastikan pengurusan haba yang lebih baik dan juga kawalan gelinciran pada roda yang lebih bagus.
Tiada maklumat berkenaan dengan perubahan yang diterima pada sistem bateri, namun semestinya Taycan perlu menerima bateri yang lebih bagus untuk tujahan kuasa yang lebih baik. Antara pilihan yang ada termasuklah penggunaan inverter Silicone Carbide bagi membolehkan Taycan berlumba di Nurburgring
Taycan ini dipandu oleh pemandu ujian Porsche iaitu Lars Kern dengan beberapa pusingan mencatatkan bacaan yang sama. Litar Nurburgring sepanjang 20.7km ini merupakan ujian paling getir dihadapi oleh mana-mana EV pada trenkuasa elektrik terutama dari segi penghasilan haba pada bateri