Motosikal

HONDA RS-X DENGAN WARNA BAHARU BAGI 2024 – DARI RM9,848

Boon Siew Honda memperkenalkan pilihan warna baharu bagi kapcai popular Honda RS-X untuk tahun 2024. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, oranng ramai boleh memilih warna Mat Charcoal Grey Metallic (Gold) yang dijual pada harga RM9,848 atau warna Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Red) dan Force Silver Metallic (Blue) pada harga RM9,798

Bagaimanapun, tiada perubahann pada bahagian enjin dengan model 2024 ini masih lagi dipacu enjin satu silinder 150cc DOHC berstatus Euro 5 yang menawarkan 16hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm. 

Antara ciri lain dikekalkan termasuk ABS satu saluran, lampu LED penuh dan panel meter digital. 

Google ads
Back to top button