Pandu Uji

MITSUBISHI ATTRAGE – BERBALOIKAH MEMILIKINYA?

Kali pertama saya memegang stereng sedan eco buatan Mitsubishi ini adalah ketika mengikuti sesi pandu uji di litar Bonanza International Speedway di Thailand pada pertengahan tahun lalu. 

SONY DSC

Biarpun dapat meneliti dan melihatnya secara dekat, namun sesi pandu uji yang singkat  membuatkan saya tidak dapat merasai sepenuhnya karekter pemanduan model yang diberi nama Attrage (gabungan perkataan Attractive dan Mirage) ini.

Kemudian, pada 12 November 2013, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan Attrage secara rasmi ke pasaran tempatan. Ditawarkan menerusi varian GL (transmisi manual), SE dan GS (kotak gear CVT), Attrage boleh dimiliki pada harga bermula RM60,980 seunit.

AttrageDrive44

Sekilas pandang, ia seakan-akan boleh menjadi pencabar utama Nissan Almera yang kini merupakan antara sedan bukan nasional paling laris di Malaysia. Biarpun harga Almera lebih tinggi berbanding Attrage, tetapi justifikasinya mudah.

Almera berenjin 1.5 liter, sedangkan Attrage digerakkan oleh unit enjin tiga silinder bersesaran 1.2 liter yang sama digunakan oleh model kompak Mirage. Persoalannya, adakah sesaran enjin mampu menjawab segala-galanya?

AttrageDrive59

Tanda tanya itu terjawab apabila saya dijemput menyertai sesi pandu uji Attrage menuju ke Pulau Pinang. Sebagai sebuah sedan eco, semua peserta dicabar oleh MMM untuk memandu Attrage dalam mode paling menjimatkan.

Kurang-kurang pun melebihi catatan penggunaan minyak yang diuar-uarkan oleh Mitsubishi dalam setiap kempennya iaitu 21 kilometer bagi setiap liter petrol atau 4.7L/100km. Harus tahu bahawa angka itu adalah berdasarkan kepada piawaian New European Driving Cycle (NEDC).

AttrageDrive54

Ternyata, dakwaan itu mudah dibuktikan. Dalam cabaran yang bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh dengan jarak sejauh 200km itu, saya yang memandu varian GS berjaya mencatat penggunaan minyak sekitar 23.4km/l. Tetapi ramai yang mampu mencapai penjimatan lebih baik iaitu melebihi  24km/l. Kesimpulan mudah, Attrage memang menjimatkan!

Di atas kertas, kuasa yang mampu dijana oleh enjin dengan sistem MIVEC itu memang tidak mengujakan. Hanya 78PS dan tork puncak 100Nm. Namun, kekurangan itu ditampung oleh berat badan Attrage yang ringan iaitu cuma 875kg untuk versi manual dan 905kg (CVT).

AttrageDrive82

Bukan itu sahaja, rekaan yang aerodinamik, gabungan enjin moden dan transmisi cekap serta kurangnya halangan pusingan (rolling resistance) nyata  membantu Attrage menjadi sebuah sedan yang efisien.

Jadi, memandu Attrage di bandar tetap menyeronokkan. Ditambah dengan radius pusingan terbaik dalam kelasnya (4.8 meter), urusan memakir atau mengendalikan sedan ini di laluan sempit memang mudah.

AttrageDrive147

Tetapi, keyakinan itu sedikit goyah jika memandu Attrage pada kelajuan tinggi di lebuh raya. Badan kereta rasa bergoyang apabila berselisih dengan kenderaan lebih besar seperti bas atau lori. Memotong kenderaan lain pun sama, memerlukan lebih usaha. Penyelesaian ringkas, pandulah pada kelajuan munasabah.

Bagaimanapun, kualiti pengendalian Attrage di laluan bengkang-bengkok agak mengejutkan. Selekoh dapat dilayan dengan yakin tanpa banyak drama. Chasis dan suspensinya dapat menyerap segala ketidaksempurnaan jalan raya dengan baik. Cuma, anda akan dapat rasa sterengnya sedikit ringan. Biasalah kereta bandar, takkan stereng nak berat macam go-kart pula.

SONY DSC

Bercerita tentang ruang kabin Attrage, ia cukup selesa dan luas, walaupun untuk mereka yang berbadan besar. Mengetengahkan rekaan minimalis, papan pemuka Attrage tampil ringkas, tetapi tidak nampak murah.

Varian GS sarat dengan pelbagai ciri yang biasanya ada pada model lebih mahal. Misalnya, sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, pendingin hawa digital, sistem audio double DIN dengan skrin sentuh, tempat duduk kulit dan cermin tingkap yang dipasang filem keselamatan.

SONY DSC

Attrage sebenarnya mempunyai pakej yang bagus sebagai sebuah kereta bandar jenama bukan nasional. Cuma, cabaran paling sukar ialah memperbetulkan persepsi bahawa sedan ini serba kurang, sedangkan apa yang ditawarkan adalah sebaliknya.

[hr]GALERI

AttrageDrive158AttrageDrive138AttrageDrive62AttrageDrive182SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button