Buletin

PROMOSI RAYA ISTIMEWA MITSUBISHI

Hari Raya Aidilfitri datang lagi. Jadi, meraikan ketibaannya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan tawaran hebat buat anda semua.

Mitsubishi-Raya-promo-mekanika (1)

Mulai sekarang hingga 31 Julai 2-15, pelanggan yang menempah dan mendaftar model ASX bakal menikmati program penyelenggaraan percuma dan jaminan selama lima tahun. ASX ditawarkan pada harga RM114, 043 (2WD) dan RM128, 179 (4WD).

Pelanggan yang memilih Mitsubishi Mirage akan menerima rebat tunai sehingga RM6,000 (bergantung kepada varian). Mirage boleh anda miliki pada harga  RM63,740 seunit.

N_P001_P020_CS4

Mereka yang membeli SUV Pajero Sport pula akan mendapat rebat tunai sehingga RM5,000 (bergantung kepada varian).  Pajero Sport VGT kini berharga RM172, 211 seunit.

Jika membeli Mitsubishi Lancer GTE, anda layak menikmati rebat sehingga RM3,000 (bergantung kepada varian).  Mitsubishi Lancer GTE ditawarkan pada harga RM115,581 seunit.

Mitsubishi-Raya-promo-mekanika (3)

Bukan itu sahaja, para pemilik kenderaan Mitsubishi juga pasti gembira kerana MMM menawarkan aksesori tulen dengan diskaun sehingga 70 peratus!  Harga aksesori itu bermula serendah RM45 dan boleh dibeli di semua pusat 3S sah Mitsubishi.

Sempena sambutan Hari Raya, MMM turut mengadakan rumah terbuka secara eksklusif pada 6,7,13 dan 14 Jun 2015. Jadi, jangan lepaskan peluang ini! 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button