Modifikasi

WIRA ROBOT ADAM’S DIGITAL

“Wow! Ini kereta ke robot?” detik hati saya bila pertama kali melihat kereta ini ketika berada di sesi fotografi di Johor Bahru.

Wira-robot-adam-mekanika (8)

Orang-orang JB memang gila kalau membikin kereta. Kalau tak cukup dengan kereta-kereta menderu laju di litar Pasir Gudang pada setiap malam minggu, JB juga penuh dengan acara autoshow yang menampilkan kereta dengan rekaan bodykit agresif dan gila.

Saya pernah jumpa bermacam-macam jenis Proton Wira yang dimodifikasi. Apa yang boleh saya katakan, inilah kereta paling gila pernah saya jumpa dari segi pembuatan bodykitnya. Itu selepas mengambil kira bahawa kereta ini masih lagi boleh bergerak. Sebenarnya, kereta ini adalah projek yang ditaja oleh pengeluar audio SPL terkenal, Adam’s Digital.

Wira-robot-adam-mekanika (2)

Jadi adakah audionya seiring dengan kegilaan kosmetiknya? Dari segi jumlah komponen audionya mungkin tidak, tapi dari sudut hiasan dan idea kreatif yang ditonjolkan, Ya. semua kerja-kerja audio yang dilakukan pada kereta ini meliputi nilai estetika melebihi matlamat menghasilkan bunyi yang berdentum-dentam.

BACA – AUDIO MAZDA RX8 ADAM’S

BACA – KIA OPTIMA PERFORMANCE AUDIO

BACA – DOMINATIONS THE HARRIER!

Pemain utama yang dipilih ialah model Pioneer siri P80 yang terkenal dengan keupayaan SQ. Jika melihat pada konsepnya, ia agak kontras, sebuah kereta yang agresif tetapi kualiti sistem bunyi? Oh tidak. Saya juga tidak percaya pada mulanya, tapi bila hud belakang dibuka, saya cuba faham apakah motif utama pengubahsuaian ini.

Ia adalah berkenaan ruang dan nilai estetik tadi. Kereta dengan but yang terhad ini tidak memungkinkan pemasangan sub yang banyak jika anda mahu bina ia cantik. Itu satu hakikat yang diterima sejak di peringkat awal pembinaan kereta ini.

Wira-robot-adam-mekanika (20)

Hanya sebuah sub dipasangkan dalam bonet yang dihiasi dengan arca yang agak menakutkan. Sub Adam’s 12 inci siri Jade tersebut dipasang DI dalam perumah khas yang merupakan ‘badan’ makhluk asing dengan kedua belah tangan yang direka kelihatan hidup.

Bagi memastikan kuasa sub ini kelihatan sepadan dengan imejnya, sebuah power amplifire Adam’s 1000T kelas AB dipasang. Aliran kuasa elektrik ini diseimbangkan oleh kapasitor digital Adams 2.0 farad.

Wira-robot-adam-mekanika (16)

Amp ini berkongsi lokasi dengan amp lain yang dipasang bersama rekaan makhluk asing tadi. Amp kedua ialah unit daripada siri Rubi 80.R yang bertindak sebagai pembekal kuasa untuk tweeter jade jenis dome yang dipasang pada kedua-dua tiang  hadapan. Sebagi sistem aktif, unit midbass Jade 6 inci depan dipasang secara berasingan dengan bekalan kuasa daripada amp 2 channel 1000T.

Siap? Ya. Tidak banyak komponen yang digunakan dalam peningkatan audio kereta ini. Tambahan kepada unit audio ialah sistem visual yang diintegrasikan menerusi pemain DVD jenis EVO yang menyalurkan imej kepada monitor 9 inci yang dilipat pada siling bumbung belakang. Itu sahaja senarai yang ditulis kepada kami.

Wira-robot-adam-mekanika (1)

Apa yang menjadikan kereta ini sangat berbeza sudah tentulah pembikinan bodykitnya yang sangat keterlaluan bagi sebuah kereta yang pada asalnya hanyalah sebuah Proton Wira Aeroback. Idea yang dicurahkan pada kereta ini mungkin tidak terjangkau pada pemikiran manusia normal. Ia adalah pembikinan semula sebuah kereta projek daripada badan yang kosong menjadi sebuah mesin yang hampir tidak dapat dikenali.

Wira-robot-adam-mekanika (3)

Penggunaan material gentian kaca yang meluas dapat dilihat hampir di segenap bahagian. Daripada bampar hadapan, fender sisi yang dipanjangkan mungkin satu hasta dan bahagian belakang yang dominan.

Bahagian yang menutupi sisi belakang dan keseluruhan sudut belakang adalah yang paling agresif. Terima kasih kepada spoiler ala SuperGT itu. Warnanya pula hitam matt yang sudah tentu kelihatan seperti kenderaan angkasa pada waktu malam. Rim replika BBS 18 inci pula nampak sangat kecil apabila badan kereta dibina sedemikian rupa.

Wira-robot-adam-mekanika (23)

Bahagian dalaman mungkin tidak ekstrem seperti bodykit tanpa pembuatan semula papan pemuka. Namun demikian, modifikasi pada panel pintu, gear gaiter, lelangit bumbung dan pakej di bahagian butnya satu cerita lain.

Pendek kata, kereta ini memang gila yang paling gila!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button