Pandu Uji

ISUZU MU-X TAWAR KEUPAYAAN SUV SEBENAR

Isuzu bukanlah nama baru dalam penghasilan model SUV. Sejak tahun 1980-an lagi, Isuzu cuba untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan tahan lasak, tetapi pada masa sama mampu membawa penumpang dengan selesa.

Isuzu-MU-X-test drive-mekanika (13)

Lalu, muncullah Isuzu Trooper yang nyata mendapat sambutan hangat termasuklah di Malaysia. Namun, ia seolah-olah berakhir di situ sahaja. Isuzu tidak lagi memperkenalkan  model gantian Trooper, sebaliknya lebih fokus kepada trak pikap popularnya, D-Max.

Sedia maklum bahawa di pasaran Thailand, Isuzu ada menawarkan model SUV yang dikenali sebagai MU-7. Saya sendiri pernah beberapa kali bertanya kepada ‘orang kuat’ Isuzu Malaysia, kenapa MU-7 tidak dibawa masuk. Jawapan yang diterima, pihak Isuzu sedang sedang membuat kajian mengenainya.

Isuzu-MU-X-test drive-mekanika (14)

Pasaran SUV di Malaysia, terutama yang bersaiz kompak sememangnya menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Biarpun begitu, permintaan terhadap SUV bersaiz sederhana tetap ada.

Apatah lagi tawaran semasa yang ada cukup terhad. Pengguna hanya ada Mitsubishi Pajero Sport, Toyota Fortuner atau Ford Everest yang harganya agak premium.

SONY DSC

Jadi, langkah Isuzu Malaysia untuk memperkenalkan Isuzu MU-X secara rasmi pada hari esok (Khamis) sememangnya tepat. Tidak hairan juga jika jumlah tempahan yang diterima membuatkan Isuzu Malaysia optimis untuk mencapai sasaran awalnya.

Bagi memberi mengetahui sendiri keupayaan MU-X, MU-X, sekumpulan wartawan baru-baru ini dijemput untuk menyertai sesi pandu uji dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highland.

SONY DSC

MU-X dibina di atas kerangka Isuzu D-Max, maka banyak sekali kelebihan trak pikap itu dibawa bersama. Paling ketara adalah dari segi penjimatan bahan apinya. Menyusuri gabungan laluan di lebuh raya dan jalan kampung sejauh lebih 300 kilometer, bahan api yang digunakan hanya suku tangki apabila kami sampai di Cameron Highland.

SUV yang didatangkan dalam varian pacuan 4×4 dan 4×2 itu dikuasakan oleh enjin diesel bersesaran 2.5 liter. Enjin berkuasa 136ps dan tork maksimum 320Nm (sama pada Isuzu D-Max) itu dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.

SONY DSC

Secara jujurnya, saya lebih gemar memandu D-Max kerana kuasa enjin dapat dirasai hampir serta-merta. Keadaan itu bagaimanapun tidak ada pada MU-X. Namun, semakin lama memandu, anda pasti akan menyukai sisi lain MU-X yang lebih selesa apabila dipandu dalam keadaan santai.

Keselesaan MU-X banyak dibantu oleh penggunaan sistem suspensi jenis double wishbone dengan pegas gegelung dan bar penstabil untuk roda hadapan. Manakala roda belakang pula menggunakan suspensi jenis 5-link, juga dengan pegas gegelung dan bar penstabil.

Isuzu-MU-X-test drive-mekanika (17)

Sebagai sebuah kenderaan yang tinggi dengan platform ladder, olengan tubuh memang tidak dapat dielakkan. Keadaan itu rasa lebih ketara ketika melayan selekoh ketika mendaki Cameron Highland. Menyeronokkan untuk pemandu, tetapi tidak bagi penumpang di tempat duduk belakang.

Dari segi penampilan, rekaan nampak MU-X ringkas sahaja. Namun, rekaan itu sebenarnya mengambil kira aspek aerodinamik, sekali gus membantu dari segi kualiti NVH dan penjimatan bahan api.

Isuzu-MU-X-test drive-mekanika (1)

Memandu versi 4×4, semua ciri ada dipasang padanya. Tempat duduk dibalut dengan kulit berwarna gelap. Sementara papan pemuka tampil sporty dengan kemasan berwarna perak, kontras dengan tona hitam yang memonopoli ruang kabin.

Bahagian tengahnya menempatkan sistem audio yang hadir bersama ciri Bluetooth, Mirror Link untuk telefon pintar, ketersambungan WiFi, navigasi GPS dan kamera undur.

SONY DSC

Bagi memberi keselesaan kepada semua penumpang, corong pendingin hawa diletakkan pada bahagian bumbung. Ia membolehkan udara sejuk diagihkan dengan lebih pantas dan sekata ke seluruh kabin.

Mahu bertindak sebagai sebuah SUV yang versatil, tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat mengikut konfigurasi serta keperluan setiap pengguna.

Isuzu-MU-X-test drive-mekanika (3)

Tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan, MU-X dilengkapi barisan sistem yang mampu menyakinkan sesiapa sahaja. MU-X dilengkapi dua beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS), EBD, BA, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS) dan banyak lagi.

Apa yang pasti, MU-X boleh menjadi satu alternatif cukup menarik bagi mereka yang ingin mendapatkan sebuah SUV bersaiz sederhana.

Isuzu-MU-X-test drive-mekanika (21)

Bakal dilancarkan secara rasmi esok, MU-X ditawarkan pada harga bermula RM154,944  (4×2) dan RM164,969 seunit untuk varian 4×4.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button