Buletin

PROMOSI REBAT TUNAI ‘BIG DEAL’ AKHIR TAHUN FORD

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) semalam memulakan promosi Big Deal yang menawarkan pelanggan dengan rebat tunai menarik ke atas model-model terpilih di seluruh negara sehingga 31 Disember 2016.

200 orang pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan sebuah kenderaan penumpang menjelang 31 Disember juga akan menerima hadiah istimewa.

Ford-Big-Deal-Promo-mekanika

Rebat tunai sehingga RM15,000 diberikan untuk EcoSport. Manakala pelanggan yang membeli Focus, Fiesta dan Everest baharu ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM10,000. Rebat tunai sehingga RM3,000 pula boleh dinikmati dengan pembelian varian terpilih Ranger.

Trak pikap Ranger ‘Built Ford Tough’ berupaya mengharung air sedalam 800mm, selain memiliki kemampuan menunda dan mengangkut beban yang luar biasa. Pakej keselamatan Ranger juga tiada tandingan. Ini termasuklah sehingga enam beg udara serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control. Manakala Electronic Stability Control (ESC) dan cagak keselamatan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX hadir sebagai standard.

Ford-EcoSport-mekanika

Menggabungkan kelincahan sebuah kenderaan penumpang bersama fleksibiliti, kemampuan mengharung air dan penjimatan bahan api mengagumkan, EcoSport dilengkapi barisan ciri pintar termasuklah sistem ketersambungan di dalam kereta Ford SYNC.

Dikuasakan oleh enjin EcoBoost 1.5 liter, Focus padat dengan teknologi bantuan pemandu yang terkini. Antaranya Enhanced Transitional Stability, Active City Stop, sistem Active Park dan Blind Spot Information System (BLIS) dengan Cross Traffic Alert.

batch_Ford-Fiesta-EcoBoost-mekanika

Fiesta menawarkan pakej keselamatan yang paling komprehensif dalam kelasnya, termasuklah sehingga tujuh beg udara. Ia juga hadir dengan teknologi pintar seperti sistem ketersambungan di dalam kereta Ford SYNC yang membolehkan pemandu membuat panggilan telefon dan mengawal sistem hiburan secara bebas tangan, hanya menggunakan arahan suara.

Everest baharu menampilkan kemampuan off-road dan jalan biasa yang menakjubkan, teknologi termaju dan ruang kabin cukup selesa untuk tujuh orang penumpang. Ia juga merupakan SUV paling berkuasa dalam kelasnya dan hadir bersama ciri keselamatan yang mendahului segmennya. Ini termasuklah tujuh beg udara dan telah dianugerahkan rating keselamatan maksimum lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Ford-Everest-2016-mekanika

Maklumat lanjut mengenai promosi Big Deal, sila layari laman web: http://www.ford.com.my/bigdeal atau kunjungi pengedar Ford.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button