Buletin

REBAT RM8K UNTUK RENAULT CAPTUR

Sah sehingga 31 Oktober 2016, para pelanggan yang membeli crossover urban, Renault Captur akan menikmati rebat sebanyak RM8,000 daripada harga RM117,200 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans di Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja).

Untuk memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada pelanggan, TCEC turut menawarkan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km mana-mana tiba dahulu. Tawaran ini hanya sah kepada kenderaan yang didaftarkan sepanjang tempoh promosi.

batch_Renault-Captur-promo-2016-mekanika

Captur menjadi salah satu model paling laris Renault dengan lebih 245,000 unit berjaya dijual di seluruh dunia. Crossover yang semakin popular itu juga menjadi model paling laris dalam segmen SUV kecil di pasaran Eropah sejak tahun 2013.

Bergaya dan praktikal, Renault Captur nampak kompak di luar tetapi luas dan versatil di dalam. Ciri-ciri ini kemudian digabungkan dengan gayaan ekspresif, posisi pemanduan dan jarak kelegaan tanah yang tinggi. Ini membuatkan Captur cukup sesuai untuk pemandu urban moden pada hari ini yang mahukan kenderaan yang selamat, efisien dan mampu memenuhi keperluan gaya hidup aktif mereka.

batch_Renault-Captur-promo-2016-mekanika1

Renault Captur dikuasakan oleh enjin dengan pengecas turbo TCe 120 baharu. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia bukan sahaja berupaya menawarkan prestasi yang sama seperti enjin tradisional 1.8 liter.

Malah memberi kuasa pecutan berkuasa pada putaran enjin yang rendah. Bukan itu sahaja, crossover yang lincah ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya dengan mode ECO sehingga 5.4L/100km[1].

Di bahagian kabin, Renault memberi tumpuan khusus kepada perinciannya. Kekemasan buatannya merangkumi pelapik tempat duduk dua tona yang bergaya dan boleh dibuka untuk dibasuh.

Renault-Captur-preview-mekanika (23)

Manakala lantai but boleh diterbalikkan di antara karpet dan plastik. Tempat duduknya boleh digelungsur dan dilipat dengan konfigurasi 60:40 untuk meningkatkan ruang kargo but. Ciri-ciri berguna ini jelas membuktikan bahawa Captur ialah sebuah kenderaan ideal untuk mereka yang aktif dan berjiwa muda.

Sama seperti semua kenderaan utama Renault, Captur hadir bersama jainan penuh daripada pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna terma dan syarat serta perlindungan ke atas alat ganti adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button