Motosikal

SPYSHOT SUZUKI GSX-R 250: GIXXER TERKECIL DENGAN PILIHAN TIGA WARNA

Semakin banyak unit Suzuki GSX-R 250 ditemui sedang diuji pandu. Sejak penghujung tahun lepas, Suzuki Motor giat membangunkan GSX suku liter mereka untuk bersaing dengan pasaran CBR 250RR, R25 dan Ninja 250R.

Media permotoran di India mendakwa ia sepatutnya dilancarkan pada Mac lepas bertempat di New Delhi Auto Expo, namun atas sebab yang tak diketahui, GSX-R ini masih belum kelihatan. Ia adalah produk penting yang menjadi keutamaan Suzuki dengan menjadi India sebagai sasaran pasaran mereka.

suzuki gsx-r 250 (1)

Ia tidaklah menghairankan kerana Honda CBR250RR pun melakukan debut dunia di Indonesia. Pasaran motosikal sportbike kecil ini sangat penting di negara-negara sedang membangun dengan kepadatan tinggi. Budaya sportbike sudah mula menular di kalangan pengguna dari segmen ini.

suzuki gsx-r 250 (4)

Ini adalah gandingan 3 warna terkini yang dapat dilihat menerusi beberapa foto risikan. Livery pertama sudah tentulah skema warna biru dengan logo SUZUKI besar di kedua belah fairing sisi. Warna kedua ialah Biru putih dengan jalur biru kecil. Warna baru bagi seleksi sportbike ini ialah hitam merah.

suzuki gsx-r 250 (2)

Pengenalan rasminya kepada dunia sudah pasti semakin hampir. Bulan lepas, Suzuki Australia telah mempatenkan satu rekabentuk yang dipercayai sebagai GSX-R250. Tidak menghairankan kerana Australia salah satu pasaran penting di mana Suzuki telah sedia ada model Inazuma.

suzuki gsx-r 250 (5)

Apa lagi yang diketahui? Spesifikasi enjinnya ialah 2 selinder 248cc yang diperolehi daripada model naked Inazuma. Ia menghasilkan 24hp @ 8,500rpm dan 22Nm tork pada 5600rpm.

Jadi bila akan dilancarkan?

Sama-sama kita nantikan.

Google ads
Back to top button