Motosikal

RASMI: MODENAS NINJA 500 SE DILANCARKAN – DARI RM28,100

MODENAS dengan rasminya mengumumkan pelancaran dua model baharu untuk pasaran tempatan menerusi Ninja 500 SE yang dijual pada harga RM30,100. 

Atas kertas, Ninja 500 dipacu enjin parallel-twin 451cc DOHC yang berupaya menjana 44.7hp pada 9,000rpm dan 42.6Nm pada 6,000rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Ini adalah enjin sama yang diguna pakai pada Eliminator 500 yang dilancarkan pada November tahun lalu ketika minggu MotoGP Malaysia. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • fork teleskopik 41mm
  • penyerap hentak Uni-Trak dengan pelarasan pra-beban
  • rim 17-inci depan dan belakang
  • brek 2-piston depan dengan cakera 310mm
  • brek 1-piston belakang cakera 220mm

Versi SE ini juga hadir dengan ABS secara standard  di samping slot pengecas USB Type-C dan skrin TFT berwarna yang terang. Selain itu, Ninja 500 SE ini juga dilengkapi dengan sistem KIPASS (Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System). 

Dalam pada itu, MODENAS turut memperkenalkan versi standard menerusi Ninja 500 ABS yang ditawarkan pada harga RM28,100 dan hadir dengan warna hitam sahaja.

Google ads
"
"
Back to top button