
KAWASAKI NAIK TARAF NINJA 1100 SX DENGAN FUNGSI ‘DASHCAM’ DI JEPUN
Antara daya tarikan utama motosikal dari China adalah tawaran ciri yang pelbagai tanpa mengira model dan sesaran enjin.
Fungsi seperti ABS dwi-saluran, traction control, skrin TFT serta dashcam merupakan antara ciri wajib ada pada motosikal 250cc ke atas.

Namun begitu, lain ceritanya bagi motosikal dari Jepun dan Eropah untuk menawarkan kesemua kelengkapan di atas apatah lagi bagi motosikal bawah 800cc.
Bagaimanapun, Kawasaki mengambil pendekatan berbeza apabila telah menaik taraf model sport touring popular, Ninja 1100 SX dengan fungsi dashcam bagi pasaran Jepun.

Ini bermakna penunggang motosikal boleh bergantung pada ‘dashcam’ tersebut sekiranya terbabit dalam kemalangan dan sebagainya.
Namun begitu, kehadiran dashcam di bahagian belakang terutamanya menyukarkan penunggang untuk memasang ‘tail tidy’ melainkan ada pihak yang menawarkan tail tidy yang boleh memuatkan kamera belakang.

Apa yang pasti, fungsi ‘dashcam’ dijangka semakin menjadi antara kelengkapan wajib bagi setiap motosikal masa kini. Bezanya, pengeluar motosikal China terlebih dahulu menyedari kepentingan dashcam berbanding pengeluar lain.