Buletin

PROTON PERSONA FACELIFT KINI DENGAN CIRI ARAHAN SUARA!

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, Proton Persona belum pernah dikemaskini dan hari ini Proton mengedarkan foto pertama Persona untuk varian 2019.

Persona facelift ini akan dilancarkan tidak lama lagi

Perubahan yang dapat dilihat ialah grill hadapan gaya “X70”. Menurut Proton, rekaan infinity weave itu akan diselaraskan pada kesemua model Proton selepas ini.

Bampar hadapan juga telah direka semula. Lampu hadapan baharu itu juga didatangkan dengan LED dan lampu nyalaan siang (DRL)

Bahagian belakang diserlahkan dengan tulisan PROTON yang diletakkan pada bahagian lid. Tiada lagi logo harimau Proton. Bampar belakang juga telah direka semula, lebih sporty.

Rim aloi 15 inci pada model facelift ini juga rekaan baru sepenuhnya.

Seperti yang dijangkakan pada model akan datang Proton, bahagian indotainment kini dilengkapi dengan sistem arahan suara seperti X70. Namun aspek teknikal dan spesifikasi penuh hanya akan didedahkan sewaktu majlis pelancarannya nanti.

Google ads
Back to top button