BuletinMotosikal

PETRONAS LANCAR BENGKEL MOTOR BERGERAK – BIJAK!

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini telah melancarkan satu unit bengkel motosikal bergerak yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Bengkel bergerak berasaskan konsep cepat dan santai serta menggunakan khidmat teknikal professional ni akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada penunggang motosikal.

Dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato Sri Syed Zainal Abidin, bengkel motosikal bergerak yang diubahsuai dari kontena 20 kaki itu diberi suntikan imej yang ‘trendy’ dan bergaya agar penunggang motosikal dapat menikmati suasana santai sementara menunggu enjin motosikal mereka ditukar dengan minyak pelincir.

“Konsep yang kami paparkan ini akan memberi kemudahan dan pengalaman baru bagi penunggang motosikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat
dan lancar.

Secara purata, proses ini akan mengambil masa hanya lapan minit dari mula hingga akhir bagi motosikal berkapasiti rendah dan sederhana”, katanya ketika upacara pelancaran servis bergerak ini.

Dalam acara yang sama, bertepatan dengan musim baru MotoGPIM, PETRONAS juga telah melancarkan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”.

Peraduan yang Mac hingga 30 September 2019 ini bakal menyediakan hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuk hadiah utama berupa sebuah motosikal kuasa tinggi YAMAHA R6 yang telah disolek seperti pasukan MotoGPM PETRONAS YAMAHA SRT.

Di samping itu, ia turut menyediakan hadiah kedua iaitu motosikal YAMAHA R25 dan hadiah bulanan motosikal YAMAHA Y15ZR.

Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif beserta barangan premium PETRONAS Sprinta sepanjang bengkel ini beroperasi kerana PETRONAS juga akan membuat promosi dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenal jadual bengkel motosikal bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019” boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands dan www.mymesra.com.my

Tags
Google ads
Back to top button