Buletin

PROTOTAIP RANGE ROVER DIESEL HYBRID

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tiga buah prototaip Range Rover Diesel Hybrid baru-baru ini berjaya menamatkan ujian kejuteraan paling getir dengan merentas 13 buah negara dalam tempoh 53 hari bermula dari Solihull, United Kingdom (UK) menuju ke Mumbai, India. 

SilkTrail_Final_014

Ini merupakan ekspedisi hibrid pertama yang merentas Laluan Sutera dan menjadi ujian paling berani pernah dilaksanakan oleh Land Rover. Peserta ekspedisi terpaksa menempuh laluan sukar seperti jalan berlubang, gurun mencecah suhu 43°C dan laluan berlumpur. Jentera itu juga perlu mengharung sungai, laluan berbukit, kawasan altitud tinggi, selain kesesakan trafik di China dan India.

Ekspedisi Laluan Sutera 2013 adalah ujian terakhir untuk model Range Rover Hybrid sebelum ia memulakan produksi. Perjalanan itu bermula di Solihull, UK, sebelum memasuki Perancis, Belgium, Jerman, Poland, Ukraine, Rusia, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, China (termasuk Tibet), Nepal dan India.

SilkTrail_Final_003

Untuk makluman, Laluan Sutera ialah jalan perdagangan yang menghubungkan benua Asia dengan Eropah pada lebih 2,500 tahun lalu.

Di kawasan pedalaman Kashgar, barat laut China, ekspedisi melalui jalan gunung yang tidak pernah habis diterokai oleh sebuah kenderaan luar China. Malah penduduknya juga tidak pernah berjumpa dengan orang asing. Lebuh raya Xinjiang-Tibet pula membuatkan Range Rover Hybrid bergerak pada ketinggian 5,300 meter dari aras laut.

SilkTrail_Final_018

Selama tujuh hari, peserta menempuh perjalanan pada altitud ketinggian di antara 3,350 dan 5,379 meter. Kandungan oksigen yang menipis sehingga 10 peratus sememangnya membuatkan pergerakan manusia dan enjin pembakaran dalaman menjadi semakin sukar.

Jentera ini dikuasakan oleh unit enjin turbo diesel TDV6 3.0 liter dan motor elektrik berkuasa 35kW. Ia bukan sahaja berkuasa, malah menjimatkan penggunaan bahan api (15.7 km/l).

SilkTrail_Final_030_lead_image

Jurutera pembangunan Land Rover memantau rapi setiap data kenderaan dan menghantarnya kepada pasukan kejuruteraaan di Gaydon, UK. Tujuan ekspedisi ini bukan untuk menguji ketahanan komponen mekanikal, tetapi membuat talaan terbaik perisian enjin dan transmisi. Ini bagi menawarkan prestasi terbaik di semua permukaan jalan dan kondisi ekstrem.

“Dalam usaha membangunkan Range Rover berkuasa hibrid, objektif kami adalah untuk meningkatkan penjimatan dan mengurangkan emisi tanpa berkompromi dengn kemampuan jentera Range Rover. Kejayaan ekspedisi ini jelas menunjukkan kami mampu mencapai matlamat tersebut,” kata Pengarah Hibrid dan Elektrifikasi Jaguar Land Rover, Peter Richings.

[hr] Galeri 

SilkTrail_Final_012SilkTrail_Final_016SilkTrail_Final_028SilkTrail_Final_001SilkTrail_Final_031

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close