Buletin

JAGUAR LAND ROVER KINI MEMPUNYAI TUNGGAKAN TEMPAHAN LEBIH 200,000

Sehingga tarikh 31 Disember 2022, Jaguar Land Rover yang dimiliki oleh konglomerat Tata Motors telah berjaya mengumpulkan kira-kira 215,000 tempahan pelanggan, di mana 10,000 daripadanya telah ditambah sejak akhir September yang lalu.

Daripada jumlah tersebut, kebanyakannya disumbangkan oleh model baharu seperti Range Rover dan Range Rover Sport, tidak ketinggalan model SUV off-road Defender yang kini boleh didapati dalam versi lapan tempat duduk.

Sepanjang tempoh Oktober hingga Disember, jumlah jualan JLR meningkat kepada 79,591 unit, atau naik 5.7 peratus berbanding suku ketiga, atau sehingga 15 peratus berbanding suku yang sama tahun 2021.

Sementara pasaran lain mencatatkan peningkatan permintaan, pasaran China pula mencatatkan penurunan sebanyak 13 peratus disebabkan polisi sifar COVID-19 yang dilaksanakan di negara tersebut.

Menjelang tahun 2025, Jaguar akan menjadi sebuah jenama EV sepenuhnya, sementara Land Rover pula merancang untuk melancarkan tidak kurang enam model elektrik menggunakan asas Range Rover, Discovery dan Defender menjelang tahun 2024. – Motor1

Google ads
Back to top button