KANAK-KANAK 12 TAHUN CURI KERETA DAN AISKRIM DARI PENGEDAR AUDI – DAHSYAT KAU DIK
Beberapa cawangan pengedar kereta mewah di sekitar Rockville, Maryland telah menjadi mangsa pecah masuk minggu lepas dan saspek utama merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Hebat ni, kecil-kecil dan jadi pencuri bersiri.
Menurut laman sesawang Automotive News, kanak-kanak tersebut telah memecah masuk ruang pameran Jaguar Land Rover di Rockville Pike pada 29 Ogos lalu dan memandu keluar sebuah kereta dari ruang pameran. Sebelum itu beliau sempat mengambil beberapa bar cokelat dari ruang pameran.
Menurut polis, kanak-kanak itu kemudiannya memandu ke pengedar Audi dan melanggar pintu ruang pameran dengan kereta yang dicuri sebelum melarikan pula aiskrim dari bilik pameran. Ha ha kalau dah namanya budak macam tu la.
Menariknya ini bukan kali pertama kesalahan tersebut dilakukan kanak-kanak tersebut. Bahkan menurut polis lagi sejak dua minggu lepas terdapat 12 kes pecah masuk dipercayai dilakukan oleh kanak-kanak yang sama.
Namun disebabkan saspek masih di bawah umur, polis terpaksa membebaskannya tanpa dikenakan apa-apa hukuman. Ia sudah tentu mengecewakan pihak pengedar kenderaan yang menjadi mangsa dan pihak berkuasa sendiri.
Masalah juga bila remaja berusia bawah 13 tahun diberikan imuniti dari sebarang hukuman melibatkan kesalahan merosakkan harta benda. Sistem keadilan kanak-kanak Maryland menetapkan peraturan tersebut untuk memelihara masa depan kanak-kanak tersebut. Habis tu siapa nak ganti semua kerugian tu.
Nampak tak apa akan jadi kalau kita tidak memberikan hukuman yang setimpal kepada pesalah. Bukan nak suruh penjarakan pesalah kanak-kanak tapi sekurang-kurangnya berikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan supaya menjadi pengajaran. Ini cikgu tarik telinga sikit dan melompat ibu bapa bawa anak pergi ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.