Buletin

RANGE ROVER L460 – BAKAL DEBUT PADA FEBRUARI 2023. V8 TURBO, RIM 22 INCI

Jaguar Land Rover Malaysia mengumumkan bahawa SUV mewah generasi kelima serba baharu, Ranger Rover L460 bakal melakukan debut di pasaran Malaysia pada pertengahan Februari 2023.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata, “Range Rover L460 ialah SUV prestasi mewah terbaik dalam kelasnya dengan gabungan inovasi yang sempurna. Ini akan menjadi Range Rover yang paling diingini dan kami teruja untuk membawanya ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.”

Range Rover L460 akan didatangkan dengan ciri seperti rim aloi 22 inci, All-Wheel Steering dan tempat duduk separa mewah yang dipadankan dengan kulit aniline.

Ia turut dilengkapi teknologi canggih seperti kamera keliling 3D, paparan pemacu interaktif 13.7 inci, skrin sentuh terapung dengan kaca melengkung bersaiz 13.1 inci dan sistem audio Meridian berkuasa di antara 400 watt hingga 1,600 watt.

Bagi varian High Specification Equipment, ia akan menampilkan kemewahan moden dalam segmen SUV selain menyediakan pelbagai pilihan penyesuaian dan personalisasi.

Range Rover L460 dikuasakan oleh enjin petrol V8 pengecas turbo 4.4 liter yang mampu menghamburkan kuasa 530hp dan tork 750Nm.

Ini hanyalah beberapa kualiti yang ada pada Range Rover L460. Untuk butiran lanjut, ia akan diumumkan semasa pelancaran pada Februari 2023 kelak.

Google ads
Back to top button