Artikel Pilihan

RIWAYAT HIDUP – AKU SEBUAH HYUNDAI SONATA YF

Salam sejahtera buat semua pembaca Mekanika yang budiman, berakal dan juga kadang – kala sedikit lucu sewaktu memberikan komen di setiap hantaran Halaman FB Mekanika. Nama ku adalah Hyundai Sonata YF, a.k.a  Hyundai Sonata generasi keenam. Entah mengapa, aku telah diminta oleh Brader Karrager untuk menulis alkisah tentang diri ku. Katanya, aku ini adalah pesaing yang handal dalam segmen D suatu ketika dahulu. Jadinya, aku akan cubalah untuk tidak menghampakan permintaan Brader Karrager itu.

BACA : HYUNDAI SONATA: KIAN MEYAKINKAN

BACA : HYUNDAI LANCAR SONATA HYBRID

Rasanya aku boleh memahami mengapa aku ini dipilih untuk dikisahkan ke dalam web berbahasa Melayu terkemuka ini. Tidak syak lagi, selaku generasi keenam Sonata, aku ini boleh diibaratkan sebagai pemangkin kepada kebangkitan Hyundai di persada dunia automotif apatah lagi setelah pengenalan rekaan bahasa yang baharu dalam rangkaian model Hyundai, ‘Fluidic Sculpture’. Gaya bahasa aku ini hadir setelah kehadiran pertama diaplikasikan pada model Tucson terlebih dahulu.

Kalau dilihat dengan mata kasar perbandingan model antara aku dengan Sonata NF, jelas sekali begitu ketara perbezaannya. Agak radikal rekaan aku ini. Jikalau model NF itu lebih banyak dijadikan Teksi Eksekutif, tapi aku ini lebih banyak berkeliaran di atas jalanraya dipandu oleh golongan Professional.

Secara jujurnya harus aku akui bahawa rekaan bahasa ‘Fluidic Sculpture’ yang diterjemahkan benar – benar mampu menarik perhatian golongan professional untuk memilih aku berbanding dengan Honda Accord dan juga Toyota Camry yang merupakan pemain utama dalam liga premier per-kereta-an.

Iyalah, kalau nak mengharapkan rupa paras tapi ‘isi’ barai juga tak boleh juga nak pergi kan. Untuk pasaran Malaysia, aku ini dilengkapkan dua pilihan enjin sebagai nadi utama, Theta II 2.0 liter dan juga 2.4 liter yang masing – masing mampu menghamburkan kuasa 164hp / 197 Nm dan 175 hp / 227 Nm.

Spesifikasi lain pun masih nampak solid juga aku ini sebenarnya. Untuk varian tertinggi, aku dilengkapi dengan bumbung panaroma, ESP dengan Bantuan Mendaki, tempat duduk dibaluti kulit, lampu utama HID. Selain itu, rim bersaiz 17 inci, cruise control, ABS dan juga beg udara berkembar merupakan ciri standard yang ada pada diri ku ini.

Dari segi harga pula jelas tidak jauh bezanya dengan pesaing yang lain. Itu pun merupakan salah faktor mengapa aku ini diterima baik ketika itu. Melepak di kawasan parkir hotel pun tidaklah segan sangat apabila diapit dengan Accord dan juga Camry. Dia orang pun nampak macam respect juga dengan aku ketika itu.

Kemudiannya pada tahun 2015 barulah pengganti aku Sonata LF diperkenalkan kepada pasaran. Kelihatannya tampak bergaya juga atas jalanraya. Tapi apa pasal aku  rasa macam tak banyak eh atas jalanraya ni? Ke aku seorang je yang rasa macam tu? Hmmmm.

Google ads
Back to top button