
RAKYAT MALAYSIA KEEMPAT PALING BANYAK MILIKI MOTOSIKAL DI DUNIA
Malaysia berada pada tangga keempat penggunaan terbanyak motosikal di dunia apabila mencatatkan 83 peratus isi rumah memiliki kenderaan tersebut.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pew Research Center, negara pertama yang mempunyai pengguna motosikal terbanyak adalah Thailand.
Thailand berada di tangga pertama apabila mencatatkan 87 peratus daripada jumlah penduduknya memiliki kenderaan dua roda itu. Negara kedua adalah Vietnam apabila mencatatkan 86 peratus daripada jumlah penduduk negara itu memiliki motosikal.
Sementara Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk seramai hampir 300 juta orang berada di tangga ketiga apabila mencatatkan 85 peratus daripada jumlah tersebut memiliki motosikal.
Walaupun antara negara terbesar di dunia dengan kepadatan 1.4 bilion rakyat, China berada di bawah Malaysia iaitu di tangga kelima apabila mencatatkan 60 peratus isi rumah mempunyai motosikal di negara tersebut. – KOSMO! ONLINE
- BACA: LELAKI MAUT HARI PERTAMA TUNGGANG MOTOSIKAL KE TEMPAT KERJA
- BACA: SHIFTBOSS ‘STANDALONE’ – EVOLUSI SISTEM QUICKSHIFTER, BOLEH GUNA PADA 20 MODEL MOTOSIKAL, BERMULA RM399
- BACA: DUA ACARA PAMERAN MOTOSIKAL TAHUN 2023 DIBATALKAN – DULU SEBAB COVID, SEKARANG TAK BANYAK PENYERTAAN
- BACA: HONDA KEKAL JENAMA MOTOSIKAL NO.1 DI THAILAND, MAMPU CAPAI HASIL JUALAN 1.75 JUTA UNIT PADA 2023







