Artikel Pilihan

VIDEO LELAKI SENGAJA LANGGAR POLIS BERMOTOSIKAL DI UK – RAMAI SAKIT JIWA SEKARANG

Polis Metropolitan London baharu sahaja menyiarkan video seorang pemandu yang dengan sengaja melanggar seorang pegawai polis bermotosikal pada tahun 2022. Insiden yang berlaku pada 1 Julai ketika Inspektor Tony McGovern sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan Joseph Ward memandu dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai tersebut menghampiri kenderaan saspek dan bertanyakan sesuatu. Sayangnya audio dalam video kurang baik dan butir perbualan sukar difahami. Nampak macam tanya nak pergi ke mana lebih kurang.

Suspek diarahkan supaya mematikan enjin kenderaan tapi beli bergerak ke arah hadapan motosikal polis. Beliau kemudian mengundurkan Mitsubishi Outlander yang dipandu dan menghentam McGovern yang berada di belakang membuatkan beliau terjatuh ke permukaan jalan. Sakit weh.

McGovern meminta bantuan dan segera dibawa ke hospital dengan kecederaan kaki, bahu dan belakang. Ward segera melarikan diri tetapi segera dikenalpasti oleh pihak berkuasa kerana mempunyai waran tangkap untuk kesalahan menyamar sebagai pegawai polis dan memeras ugut pemandu lain.

Beliau turut dikaitkan dengan satu lagi kemalangan pada 5 Julai dan satu insiden yang menyebabkan kerosakan pada dua buah kereta peronda polis pada 6 Julai. Dia ni berangan main GTA ke apa?

Ward berjaya ditahan pada 20 Julai dan mengaku salah atas 14 pertuduhan. Ya.. 14 tuan-tuan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun. Walaupun menghadapi tuduhan-tuduhan yang agak serius tapi hukuman tu macam ringan sangat pulak.

Google ads
Back to top button