Artikel Pilihan

HYUNDAI GRAND i10 VS HYUNDAI ACCENT DALAM KEMALANGAN, HANYA 1 SAHAJA SELAMAT

Kita semua tidak merancang untuk terlibat dengan kemalangan, sebab itulah kita digalakkan memulakan perjalanan dengan membaca doa, memandu secara berhemah dan bertawakkal. Tapi sekiranya kita tidak bernasib baik, adalah lebih baik jika kenderaan kita berada dalam kereta yang disahkan selamat jika terlibat dengan kemalangan.

Aspek keselamatan sesebuah kenderaan akan dinilai oleh badan penilai antarabangsa iaitu Global NCAP, NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration), IIHS (Insurance Institute for Highway Safety) dan banyak lagi. Bagi pasaran Asia Tenggara, kita akan dinilai oleh ASEAN NCAP.

Malangnya aspek keselamatan dari satu benua ke benua yang lain adalah tidak sama dan wujud perbezaan yang ketara terutama dalam aspek peralatan keselamatan keselamatan dan kekuatan cesi. Dalam video ujian kemalangan di bawah, Global NCAP menguji 2 buah sedan buatan Hyundai.

Kedua-dua sedan merupakan sedan paling murah yang boleh dibeli daripada jenama Hyundai tapi berlainan untuk pasaran. Hyundai Accent dihasilkan di Mexico dan dijual untuk pasaran Amerika lengkap 6 beg udara, brek AEB, Vehicle Stability Control, dan sistem pengawasan tekanan angin tayar walaupun ia sedan termurah di pasaran Amerika

Sebuah lagi sedan ialah Hyundai Grand i10 dihasilkan di fasiliti Hyundai di India dan dipasarkan ke Mexico tapi malangnya ia hanya dipasang dengan 2 beg udara dan brek ABS sahaja. Perbezaan aspek keselamatan ini disebabkan fokus pasaran dimana kereta-kereta tersebut dijual samaada negara pasaran menitikberatkan aspek keselamatan ataupun tidak

Kedua dua diuji aspek kekuatan cesi dengan ujian perlanggaran offset frontal crash test dan hasil keputusan ujian dianalisa. Hasil pemerhatian mendapati tiang A Grand i10 remuk ke dalam dan cermin depan retak menunjukkan integriti cesi telah terjejas.

Ini diikuti oleh roda depan telah terperosok ke belakang, menunjukkan platform lantai telah terjejas. Apalah yang anda boleh harapkan dengan perlindungan 2 beg udara sahaja jika cesi telah terjejas. Pada pandangan Global NCAP, perlindungan penumpang depan adalah Sifar Bintang.

Jika anda berada di kerusi depan Hyundai Grand i10, besar kemungkinan anda akan maut atau cedera parah. Berbeza dengan Accent, ia menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dalam perlindungan penumpang depan, cesi tidak terjejas dan 6 beg udara memberikan perlindungan tambahan pada semua penumpang

Jurucakap Global NCAP menjelaskan perbezaan ketara dalam aspek keselamatan ini wujud disebabkan oleh faktor undang-undang yang digunapakai dan dilaksanakan di negara pasaran. Jika undang-undang ini kuat seperti negara maju, maka perlindungan keselamatan adalah bagus. Jika tiada regulasi undang-undang, jawabnya pengeluar tidak serius dalam aspek keselamatan.

Google ads
Back to top button